Monday, 31 March 2014

Matahari di tutup awan

evening view
************************************************************
bila keponakan ku yg pertama merengek minta di bawa bersiar
tak perlu nak bersiar sgt
keluar rumah tp masih dlm pagar.
duduk merasa angin sepoi petang di gazebo buatan tangan tua ayah
terpana mata sebentar
terkesima melihat keindahan yg tak tertarakan
mungkin biasa pada pandangan yg pertama
tp bila di-amat
cantik.
*************************************************************
tepat waktu
kereta insight hibrid abang memacu masuk dalam pagar
ayah keluar menjengah cucu yg bersila atas meja gazebo
"pegang elok2. jatuh sat g. pegang dia Bayah"
teliti.
nampak saja tingkah aku melonggar tangan dari pinggang cucu kesayangan.
bapak selamanya bersifat bapak.
melindungi.
**************************************************************
 B-"huuih. cantik la. "
mata ku baru terpana melihat matahari tadi.
B-"tp x boleh tengok. terik sgt."
A-"abang boleh."
B-"memanglah. hang pakai spek tuh. matahari di tutup awan abang. pi buat lagu."
A-"tak sedap la di tutup tu"
B-"matahari di balik awan"
A-"haaah, tu okay. tapi Bayah.. lagi okey kalau hang masuk goreng aiskrim kt abg."

ringkas. tapi cukup untuk buat aku faham
penat berdalih, akhirnya aku kalah.
"tunggu gas mak pasang. nanti acik goreng. "

THAT WHAT WE CALLED "RESPECT THE ELDERLY"
eewaah


Sunday, 30 March 2014

bila hati ku tutup rapi

Assalamualaikum wbt..
sihat hendaknya kalian.

spotlight
announce

'pernah aku merasa kosong
kosong dari pekik dan raung
kosong dari peluk yg konon mendamai
kosong dari bahu yg konon meringan beban
dari apa?
dari lelaki yg belum tentu jodoh sendiri.

sendiri?
pernah buat aku dengki
dengki pada teman yg berpasang
dengki sebab aku dikawal langkah kaki
dikawal siapa?
ibu ayah yg mengerti perihal dunia yg fana lg alpa ini'

cinta
bukan tiada. bukan tak bercambah. bukan.
cuma bukan pd yg belum pasti.
bukan untuk mencuba lalu pergi. hilang.
tak dikesan
akhirnya diri sendiri jadi korban

aku ada cinta.
cinta ramai. cinta bermula dari satu untuk Yang Satu.
kemudian untuk nabi, mak ayah yg punya mata bundar
juga pada seseorang
yg ku yakin hebat.
tp biar terdiamkan.
sebab layak bukan untuk aku
layak untuk wanita lain. 

mic off


Saturday, 29 March 2014

new era joker who awaken others-jep

tak lawak tak pe Ib, jangan biadap..

Rahmat Allah tu luas

ape laa....orang nak carik bini, carik yg bertudung.....

kau nk mengorat dia niat kau ape? nak kawin dgn dia? jgn kau tackle dia tp xda niat nk jadikan isteri. salah tuh....

syarat mati bukan tua bkn sakit, syarat mati tu hidup..

mati itu tiada sakat. semakin lama semakin dekat. umpama ikan terlekat di pukat. sekadar menunggu tuannya angkat.

ni nak adil kena pergi Ar-Rahnu niiiiiih....

*********************************************************************

itu antara lawak jenaka yg aku gemar dari pelawak seorang ni
lawak yg ada mesej
walaupun x sarat, tapi ada.
setiap lawaknya, ada makna
bagi aku. juga bagi kalian.
tahniah jep.
sebab tak pernah aku dengar lawak lucah atau biadap berlebih-lebih
teruskan usaha menyampaikan mesej dalam seloroh
suka. harus aku akui berlawak itu perkara sukar.
apatah lagi memastikan lawak itu terkesankan orang.
tahniah.
teruskanlah bercakap yg baik2.
semoga rezeki mu bertambah.
semoga keluargamu berkah.
sekian.

kehilangan- sama tapi tak serupa

Assalamualaikum wbt.
terima kasih Allah untuk sisa umur yg masih berbaki.
entah bila penamat nafas yg Kau pinjamkan tanpa se-sen bayaran.
maaf bila aku lupa.
ampuni bila syukur tiada.
*************************************************************************

aku tak sehebat a samad said juga lim swee tin
yg mampu menzahirkan emosi lewat syair atau sajak.
aku mampu berkongsi dan berdiri sendiri sebagai blogger baru.
takziah ku bergunung gunung untuk ahli keluarga penumpang pesawat malaysia boeing 777-200
juga kepada kru kabin yg terlibat dan bertugas pada hari hitam pekat.
ya. kehilangan kalian cukup sukar untuk di telankan.
menerima ketiadaan mereka umpama saat yg tak pernah terbayangkan
menelan anggapan bahawa mereka berakhir di laut besar itu juga memeritkan
mata melihat tak sehebat bahu yg menanggung beban
sabar tak lepas diucapkan dari mereka yg prihatin
tapi untuk mempraktikkan. ya. aku juga pernah merasa. mak ayah aku juga pernah merasa.
**********************************************************************
kami juga pernah hilang. cuma hilang yg berbeza.
kalian hilang orang yg paling kalian sayang dalam tragedi itu. hilang tanpa jasad. ghaib tiada bukti
kami.
hilang fikiran yg jasadnya ada. 
bongsu selepasku.
hidup jasadnya. tapi otaknya gagal berfungsi normal.
pseudomonas meningitis. cerebral palsy.
itu lombong pahala yg aku sebutkan sebelum ini.
kami pernah hilang pertimbangan beberapa kali.
kami pernah mengeluh bila letih berselubung dalam benak hati.
kami merasa kami hilang manusia normal. kami merasa kami yg perit. kami yg jerih.
tapi sebenarnya. dia yg sepatutnya menangis letih.
letih sebab tiada daya. letih sebab tak mampu berbuat apa.
dulu kami cuma merasa jerih kami. kami tak perasan perih adik sendiri.
malu dengan diri sendiri. 
sebab rasa yg Allah bg ujian berat .
salah. 
salah hati yg masa tu mati.
bila timbul tragedi hiba ni, baru aku terfikir yg kalian lebih berat menanggung ujian.
kalian lebih hebat dalam menangani segala perih.
hikmah Allah luas.
ujian Allah pelbagai.
kami berharap yg terbaik untuk kalian.
yakinlah yg Allah menjanjikan sesuatu yg hebat selepas ini untuk kalian.
mungkin clishe. tp yakinlah.
kita sama2 pernah hilang pertimbangan.
tangan ku depakan untuk kita sama2 maju melangkah ke depan.
si kecil masih perlu membesar.
ibu masih memerlukan pelukan anak yg ramai
ayah masih perlu dakapan
majulah kalian.
mari.
 =)

seniwati dalam hati- Wan Maimunah

Assalamualaikum w.b.t
fuuhhh.
lama tidak di jengah blog beta. bersawang nampaknya. muehehe

first, ucapan takziah ku yg tak terucapkan kepada keluarga al marhum ali mamak..
juga kepada al marhum pak ali (jeruk madu). 
juga pada ustazah fardhu ain kampungku, 
al marhumah ustazah Salbiah..semoga kalian ditempatkn bersama-sama org yg beriman..
terima kasih untuk segalanya ustazah. ajar saya sampai pandai. tegur saya sampai saya betul.

**********************************************************

back to wan maimunah.
fine!
siapa lah lagi gerangan yg  hebat bermain emosi selain dia
paling gempak bila dia berlakon jadi mak-mak.
ahh...memang persis mak den gayanya.
tambah pulak jadi mak yg sakit, lelah...haaa..mmg berjaya benar.
rasa mcm nk bg inhaler kt dia. nmpk real sgt....
berapa lah agaknya bayaran..
telemovie ku sujud di kakimu ibu. 
sekali berganding dgn pelakon yg juga tiada terkata hebatnya seperti eizlan yusof, mukhsin..mmg perh la..emelda..awwww....bangga datuk AC dapat adik ipar hebat cenggituh. bgga lg adlin aman ramli.
mmg hebat. tambah pulak dia ada adik cacat lakonan mukhsin
memang merembes la air mata den ngn mak den..
but in a nut shell,
shabas inspektor sahab..mmg gua terkesan dgn telemovie itu.
tahniah.