Assalamualaikum wbt..selawat dan
salam ke atas nabi kami Muhammad SAW, kepada kaum keluarga serta sahabat Baginda.
Ya Allah, tempatkan lah para solehin, tabiin, muslimin dan muslimat yang telah
pergi mendahului kami di tempat orang-orang yang beriman. Juga selamatkan
saudara Islam kami di Palestin dan dimana juga mereka berada. Jauhikan mereka
dari orang yang khianat dan yang ingin berbuat zalim.. Amin..
Hidup saya bukan hidup awak. Keadaan saya tak perlu sama
dengan keadaan awak. Kejayaan saya mana mungkin sama dengan kejayaan awak. Ujian
terhadap saya juga tidak tertimpa kepada awak. Mengapa? Kerana ujian yang Allah
anugerahkan itu tergantung kepada kemampuan hambanya.
Mungkin ujian terhadap kamu tak mampu ditanggung saya. Dan ujian
terhadap saya boleh jadi beban untuk kamu. Jadi, bersyukurlah untuk apa yang
kalian miliki sekarang. Kesenangan, kepandaian, peluang yang mencurah serta
pekerjaan yang berkah. Itu juga merupakan ujian Allah untuk hambanya. Masihkah
kalian menghargai pemberiannya atau kalian berterusan juga lupa.
Patik bukan seorang pentafsir kitab. Bahkan patik juga bukan
ahlinya. Sungguh kecil pangkat patik berbanding ulama. Patik cuma memberi
peringatan dan nasihat. Bukan kerana patik cukup pintar. Tapi kerana patik
merupakan hamba yg sering berbuat silap. Sekiranya kesempurnaan menjadi syarat
untuk mengingatkan, nescaya tiada siapa mampu melakukannya.
Janganlah kita menganggap
kejayaan itu ukurannya pada betapa tinggi pelajarannya. Sebaiknya ukurlah pada
apa yg dikecapinya dan bagaimana dia membahagi dan menginfakkan kejayaannya. Tetapkanlah
kepercayaan bahawa rezeki di kuasa Tuhan. Bukti? Sebentar.
SEMBANG TEH TARIK.
Jep: Saya mungkin kurang dari segi akademik Dato’. Tapi saya
tak nak kurang dari segi kehidupan.
AC Mizal: Betul.
Nak tawu Jep pakai kereta apa
sekarang? Velfire. Sebab apa? senang beli kereta besar nanti nak berjalan, bawak
satu family naik satu kereta aje.
Berapa agaknya peratusan para guru dan pensyarah mahupun akauntan
memiliki kereta itu? Saya tidak menafikan bahawa ada. Cuma berapa ramai agaknya?
Lantas atas sebab apa Jep mampu memiliki?
aTas sebab apa juga segelintir kelompok yang saya sebutkan
diatas ada memilikinya?
Kerana usaha. Kerana mereka usaha.
DAN KERANA MEREKA PERCAYA BAHAWA RAHMAT ALLAH TU LUAS.
Jangan kita menjadi sekelompok manusia pesimis seperti dibawah:
ko dah kenapa sibuk sangat nak mengumpat dan mengata? kau ada tiket masuk syurga dah ke?
eee...membara pulak kitee.. =..=