Monday, 27 July 2015

=.=

Julai 21
Basmallah
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang menciptakan manusia dari setits air yang hina, lalu Dia menyempurnakannya dan memuliakannya. ALLAH yang menciptakan apa yang tiada kepada ada, Rezeki. Nikmat. Kelebihan. Dugaan yang kelak datang dengan beribu hikmah. Cubaan. Ujian untuk menilai setinggi mana cinta dan kasih manusia sebagai hamba kepada PENCIPTANYA.
Sungguh. Dulu aku jauh leka. Kejar dunia. Kejar nama. Kejar ilmu tapi dengan niat menyimpang. Cari ilmu sedang aku waktu itu rasa riak. Timba ilmu sedang pada niat aku cuma untuk mengejar pujian manusia yang pada hakikatnya juga tak sempurna, sama. Seperti aku. Tapi Tuhan tetap beri ilmu. Allah tetap kasih. Allah tetap redha. Allah masih beri aku nyawa.
Berkali-kali. Dosa aku ulangi, Taubat. Sekejap. Singgah, Tak lama. Sedang aku waktu itu waras, sedar, berakal. Tapi aku lumpuh. Aku jatuh, aku rebah. Iblis jadi pandu arah. Hati aku suka pada perkara mungkar. Aku kira aku buat perkara normal. Semua orang buat. Rileks. Chill. Kau muda. Esok mesti kau hidup lagi. Esok mesti mata kau bukak. Esok mesti matahari ada. Esok mesti aku bernyawa.
Sedang aku lupa. Malaikat sentiasa bersedia. Tarik nyawa bila masa tiba. Berhenti, degup hati, aku lupa ALLAH Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Hidup mahupun mati. Bernyawa mahupun tidak. Semua dalam pemerhatian ALLAH. Semua dalam kawalan ALLAH. Aku sedar. Dah lama aku sedar. Tapi aku tetap leka. Lupa. Ulang salah dan dosa lama.
Sebab.
Aku jadi hamba dunia. Tamak. Tamak dunia. Kejar, sedang ini tidak kekal. Aku kira tak siapa tahu dosa aku. Aku lupa Pencipta aku tahu, manusia mungkin boleh ditutup mata mereka. Telinga mereka. Mulut mereka. tapi Dia? Tetap. Sesedar itu aku masih tetap ulang dosa.
DUNIA INI SEMENTARA. PINJAMAN. BERJALANLAH KAMU DIATASNYA SEBAGAI PENGEMBARA. BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA. BERAMALLAH SEHINGGA KAU JUMPA DESTINASI AKHIR. JANNAH.
LIVE AS A TRAVELLER. YOU WON’T REGRET ON ANYTHING. YOU TEND TO APPRECIATE EVERYTHING.
Aku minta maaf. Untuk semua. Pada sesiapa. Aku minta maaf.
Aku lupa jadi sebaik mungkin. Kasih aku tak tebal pada Allah dan Rasul selagi dunia jadi impian aku. Selagi dunia jadi destinasi aku.