Wednesday, 17 December 2014

thanks jejaritangkas blogspot

assalamualaikum wbt...Dear Allah..it is only You who knew how nervous I am...if this is a right choice that will lead me to the right path, do support and help me. Let them understand me well. Give me the strength and brave to speak confident and generously. If this is not the right path, then I hope that you will save me from anything harm and shameful moment. Do protect me dear Allah. I put my trust on you. I do admit that You knew what i knew not..but please.. Bless me.

a lot of thanks to si bulat and si sepet blog that help me a lot. thank you unnie. hope we will always keep in touch. warm hug for you..hehe...

do pray for  me..
hope to see you as my senior..
but if i failed, hope to meet you as my dearest blogger friend ever.
aawww..

Tuesday, 7 October 2014

customer aku pekak bisu

Assalamualaikum  wbt..
Petang.
Aku melakukan kerja seperti biasa.
Datang seorang mak cik, menanya perihal tali leher untuk si anak
Aku pun melajukan langkah aku..terus menunjuk tempat tergantungnya tali leher itu..
Si ibu menyuruh kakak memanggil adik..
Hairan aku di benak hati. Kenapa ibu itu tak melaung saja memanggil nama anak.
Kakak menyentuh bahu adik.
Menunjuk pada bahagian neck tie itu disangkut.
Tiba2. Adik itu. Yang aku kira sama.normal.rupanya dia pekak bisu.
Pandai Bahasa isyarat.
Tapi sayangnya ibu dan kakak x begitu mengerti
Entah kenapa..aku terasa faham
Tangan aku laju memegang neck tie yg selalu di pakai abang saat ke kerja
Alhamdulillah memang itu yg dia maksudkan..
Tp sygnya tiada yg warnanya hitam..
Dia pun menjuih bibir tanda x mawu..
Keluarga itu pun balik
Kalau saja sekeluarga itu tunggu lebih lama
Agaknya aku terus sebak
Sepatutnya aku bersyukur bila boleh bersuara, dapat mendengar jelas
Tapi sayang… mulut aku, aku guna untuk merungut,
telinga aku, aku dengar yg langsung xberi manfaat melainkan mudarat..
hujan merungut, panas terik pun aku merungut
dia? Sikit pun tidak..

Wednesday, 3 September 2014

RAHMAT ALLAH TU LUAS.



Assalamualaikum wbt..selawat dan salam ke atas nabi kami Muhammad SAW, kepada kaum keluarga serta sahabat Baginda. Ya Allah, tempatkan lah para solehin, tabiin, muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kami di tempat orang-orang yang beriman. Juga selamatkan saudara Islam kami di Palestin dan dimana juga mereka berada. Jauhikan mereka dari orang yang khianat dan yang ingin berbuat zalim.. Amin..
Hidup saya bukan hidup awak. Keadaan saya tak perlu sama dengan keadaan awak. Kejayaan saya mana mungkin sama dengan kejayaan awak. Ujian terhadap saya juga tidak tertimpa kepada awak. Mengapa? Kerana ujian yang Allah anugerahkan itu tergantung kepada kemampuan hambanya.
Mungkin ujian terhadap kamu tak mampu ditanggung saya. Dan ujian terhadap saya boleh jadi beban untuk kamu. Jadi, bersyukurlah untuk apa yang kalian miliki sekarang. Kesenangan, kepandaian, peluang yang mencurah serta pekerjaan yang berkah. Itu juga merupakan ujian Allah untuk hambanya. Masihkah kalian menghargai pemberiannya atau kalian berterusan juga lupa.
Patik bukan seorang pentafsir kitab. Bahkan patik juga bukan ahlinya. Sungguh kecil pangkat patik berbanding ulama. Patik cuma memberi peringatan dan nasihat. Bukan kerana patik cukup pintar. Tapi kerana patik merupakan hamba yg sering berbuat silap. Sekiranya kesempurnaan menjadi syarat untuk mengingatkan, nescaya tiada siapa mampu melakukannya.
Janganlah kita menganggap kejayaan itu ukurannya pada betapa tinggi pelajarannya. Sebaiknya ukurlah pada apa yg dikecapinya dan bagaimana dia membahagi dan menginfakkan kejayaannya. Tetapkanlah kepercayaan bahawa rezeki di kuasa Tuhan. Bukti? Sebentar.
SEMBANG TEH TARIK.
Jep: Saya mungkin kurang dari segi akademik Dato’. Tapi saya tak nak kurang dari segi kehidupan.
AC Mizal: Betul.
Nak tawu Jep pakai kereta apa sekarang? Velfire. Sebab apa? senang beli kereta besar nanti nak berjalan, bawak satu family naik satu kereta aje.
Berapa agaknya peratusan para guru dan pensyarah mahupun akauntan memiliki kereta itu? Saya tidak menafikan bahawa ada. Cuma berapa ramai agaknya?
Lantas atas sebab apa Jep mampu memiliki?
aTas sebab apa juga segelintir kelompok yang saya sebutkan diatas ada memilikinya?
Kerana usaha. Kerana mereka usaha.
DAN KERANA MEREKA PERCAYA BAHAWA RAHMAT ALLAH TU LUAS.
Jangan kita menjadi sekelompok manusia pesimis seperti dibawah:




ko dah kenapa sibuk sangat nak mengumpat dan mengata? kau ada tiket masuk syurga dah ke?
eee...membara pulak kitee.. =..=

Wednesday, 27 August 2014

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Assalamualaikum wbt.. selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW.. selawat dan salam ke atas para sahabat baginda, kaum kerabat dan keluarga tercinta Baginda.. ya Allah..berkati dan cintailah para tabbiin, para solehin, muuslimin dan muslimat.. selamatkan keluarga Islam kami di Gaza Palestin.. juga selamatkanlah negara kami yg kami sayangi ini Allah.. terima kasih untuk nikmat keamanan yang kau berikan kami selama 57 tahun.. entah sampai bila keamanan kami berbaki.. entah sampai bila kami sabar menghadapi kerenah renyah ini.. moohon kau sabarkann... Harap kau kuatkan.. merdeka!merdeka!merdeka! entah kenapa benak hati ini masih kuat darah melayunya.. entah mengapa sejarah negara begitu sebati dlm diri entah kenapa sayangku tak pernah putus untuk kesemua 6 pemimpin negara.. dan yang paling ku hargai tunku abdul rahman..yang paling ku cintai tun mahathir.. kerana padaku pengorbanan mereka tiada banding muncul lah parti sehebat mana pun jasa mereka tidakk pernah sekali kali ku lupa berjuang ku untuk parti kasihku pada melayu.. namun Islam tetap di hati.. mengapa? melayu tak hebat kah pegangan agamanya? Agama itu di lihat pada kelakuannya, dinilai pada hatinya..iman pula cuma mampu di nilai yang Maha Esa..aku melayu yang Islamnya tak pernah pudar dalam diri..melayu yang masih punya batasan..melayu yang kenal hak dan batilnya..jangan kalian risau..kerana melayu ku melayu sejati..

Sunday, 27 July 2014

INTIPATI JENAKA_LAWAK MALAYSIA- MANFAAT VS MUDARAT

assalamualaikum...
selawat dan salam keatas junjungan kami nabi Muhammad SAW,
kepada ahli keluarga dan sahabat baginda..
semoga limpah kurnia dariMu Allah tak terhingga kepada para tabiin dn solihin.
saudara Islam kami di Gaza_Palestin
semoga kau tabahkan hati mereka.
ok.
*****************************************************************************************
 intipati jenaka di malaysia ku lihat bnyak memberi kesan dalam menjurangkan intelektual kita dengan intelektual rakyat negara maju lainnya bila terdapat lawak yg memberi mudarat kepada pemikiran anak muda pasca 2010.
lawak menjatuhkan, mengaibkan, menghina, berunsur propaganda, menggugat sentimen perpaduan wajar dielakkan dalam persembahan.
jenaka yang seolah-olah menggugat akidah umat Islam seperti jenaka berunsur lucah atau mempertikai hukum dn syariat Islam tidak wajar diketengahkan waima daripada seorang muslim atau non-muslim.
banyak memberi manfaat ialah jenaka yg membina seperti jenaka menyedarkan dengan cara sindiran sopan namun terkesankan. 
teringat akan sindiran kumpulan sepah berkenaan sikap segelintir orang melayu:

A: dah kerja ke anak awak ni?
B: belum. ingat tu bila dah terima merisik ni baru dia nk kerja.
 ************************************************************************************
A: kn ke Mahathir dah ckp melayu mudah lupa. jgn kau risau. nanti laki kau ingat le jln balik ke rumah.
B: aku takot dia hilang je.
A: aih.jgn kau risau. tuah dh ckp takkan melayu hilang di dunia.
B: ko dengarla ckp si tuah tu. dia smpai sekarang hilang x jumpa jumpa.
A: ???
**********************************************************************************
x ramai pelawak yg boleh create jenaka yg memberi kesedaran secara separa sedar namun terkesankan. simple but deep enough.
aku juga berminat mendengar celoteh Ebby Yus yg padaku sepanjang pembabitanny banyak memberi impak kepada daya pemikiran penonton.
juga jenaka sindiran namun lembut pada halwa telinga dn terkesankan.
***********************************************************************************
hiburan itu perlu.
tapi perlu kawalan dan didengar, diteliti menggunakan logikal.
***********************************************************************************
pelawak era baru perlu punya kesedaran bahawa jenaka mereka akan mempengaruhi mentaliti remaja bahkan anak kecil.
jadi perlu sedikit research dlm memilih intipati yg memberi intelektual berguna kepada pendengarnya.
*******************************************************************************
thumbs up pd yg berjaya.
gud luck pd yg masih mencuba.
perbaiki pd yg masih lupa.
sekian.
 

 

Friday, 18 July 2014

langit tampak gelap meski hari masih siang_MH17

assalamualaikum...Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah jualah yang berhak menghidupkan dan mematikan. tiada daya upaya selain Allah pencipta bumi langit petala. Punca, cara, bagaimana keadaan kita tatkala ddi panggil kembali semuanya dibawah kehendakNya. perkhabaran yang umpama satu penempelak. terpana. Fasa pertama fasa tidak percaya. Fasa dimana semua rakyat berharap itu cuma khaabr angin olahan si jari tangkas media sosial. tp cuma Allah yg menentukan kebenaran. benar. Kita menerima khabar duka untuk kedua kaliny. ya Allah. perit. Mungkin itu petunjuk dari Allah begitulah peritnya rakyat Gaza yg menerima khabar duka setiap minit. Tiada terbanding kita yg cuma menerima khabar duka setelah 4 bulan lamanya. tidak beriiman seseorang hamba melainkan dia diuji dan dia sabar. Kalian yg punya keluarga di dalam pessawat itu kami doakan ketabahan dan redha Allah mengiringi setiap lelah nafas kalian. semoga air mata duka di pipi kalian Allah sertakan dgn pahala pada setiap titisannya. in sha Allah.

Saturday, 17 May 2014

Apa menyesal itu perlu?

Assalamualaikum wbt...
hei ! Long time no see.
tapi xde la sampai berhabuk dashboard ni kan?
heehee
shuuhhh. unrelated issue,
******************************************************************************
ok
back to the main issue
apa menyesal itu perlu?
haaaaaaa
korang pernah menyesal tak?
aku?
tak payah tanya...
selalu aku menyesal..
haha..
tapi masalahnya sekarang...patot tak kita menyesal?
pada aku...aku punya dua pandangan.
*****************************************************************************
PATUT
1. bila anda rasa anda dah buat kesilapan yang cukup besar.
2. bila anda rasa anda sudah buat dosa.
3. bila anda rasa anda sudahpun mengecilkan hati seseorang.
4. bila anda rasa anda sudah berlaku biadap pada orang atas alasan yang tak munasabah.
5. perkara yang menyebabkan keburukan pada yang lain terjadi kerana anda. memang patut anda menyesal!

TIDAK PATUT
1. bila anda rasa anda sedang mempertahankan hak anda.
2. bila anda rasa anda melakukan perkara yang haq.
3. bila anda rasa memang perlu anda berkelakuan sebegitu. tapi ingat. jgn pernah kecilkan hati orang.
4. bila anda rasa perkara itu anda lakukan atas dasar menyedarkan.
5. perlu anda menegakkan kebenaran walaupun ianya pahit pada orang lain.
**********************************************************************************
aku dengar ceramah Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias dalam program hits beliau-Kalau dah jodoh
Rasulullah SAW pernah bertanya pada para sahabat.
isinya lebih kurang cenggini lah..
nabi tanya sahabat perkara apakah yang paling mereka sukai berkenaan dunia.
aku tertarik tentang jawapan Umar al-Khatab (if im not mistaken)
ada 3 perkara yang aku sukai tentang dunia.
pertama. aku dapat mencegah kemungkaran dengan keadaanku.
kedua. aku dapat berkata yang benar meskipun perkara itu pahit untuk ditelan.
ketiga. aku dapat membuat kebaikan tanpa orang dapat melihatku.
********************************************************************************
rupanya syarat yang ketiga itu Umar teladani dari Saidina Abu Bakar yang juga meneladaninya dari Rasulullah SAW.
setelah Rasulullah meninggal, Saidina Abu Bakar bertanya pada anaknya Aisyah yang merupakan isteri Baginda.
apakah kebaikan dari Rasulullah yang dapat aku teladani?
Aisyah pun cakap.
Rasulullah bila lewat malam  selalu pi rumah orang tua buta kat hujung kampung tuh.
dok pi suap dia mkn. kemaih rumah dia. semua laaa.
ustaz kazim yang cerita dlm loghat kedah. hehe
jadi abu bakar pun terpaksa menyambung kerja nabi setelah kewafatan nabi.
abu bakar pun pi rumah orang tua buta tu untuk menguruskan rumah dan nenek buta itu.
sedang abu bakar masak, dia dengar nenek tu dok maki nabi.
-"Muhammad tu aku tak taw laa...pemimpin mcm apa tak taw la..orang mcm nek ni langsung tak dibela.
tak patut dia jadi pemimpin."
berdesing cuping telinga abu baakr saat itu. abu bakar pun pelik.
-aiih. nenek ni tak taw ka yg dok mai selalu suap dia kemas rumah dia tu nabi muhammad?
tapi abu bakar tetap sabaq.
disuapnya nenek buta tu. lalu nenek tu pun tersedaq.
-"haaih. haaih. hang ni sapa ni? mana hat duk selalu suap aku tuh?
abu bakar pun jawab.
-saya la yg selalu suap mak cik.
-"dak aiiih. aku taaw..yang dok suap aku tu lembut tangan dia...ni keras kedegiang tangan hang ni.
dijawab lagi Abu Bakar.
-mak cik oooi..hat dok selalu suap mak cik tu dah meninggal..hat mak cik dok keji tu la yg selalu mai tolong mak cik suap makan kemas rumah semua. Muhammad dah wafat mak cik ooi
-"haaaah? Muhammad meninggal? jadi dia yang selalu tolong  aku? La illah ha illallah.Muhammad dur rasulullah.
terus nenek buta itu masuk islam. menugcap dua kalimah syahadah,
tengok la betapa hebatnya penangan nabi yang akhir itu.
betapa sabarnya Muhammad.
betapa berianya sahabat baginda meneladani baginda.







Wednesday, 23 April 2014

Malam Cinta Allah dan Rasul

Assalamualaikum wbt
alhamdulillah pertama-tama
bersyukur hamba
rupanya masih ramai yang dahagakan ilmu yg baik2, yang menenang isi hatinya
rupanya ramai juga yang sedar tentang indahnya beragama, indahnya bila Islam jadi ad-deen
Alhamdulillah
sebab malam cinta Allah dan rasul ni dah jadi fenomena yang cukup baik di Malaysia
kredit juga tak terhitungkan kepada tv al-hijrah yang membuat rakaman setiap program yang diadakan banyak sudah negeri terlibat
alhamdulillah
moga dengan cara ini kita capai kesepaduan,
moga kemaslahatan terjaga rapi
in sha allah.
tersenyum bibir
bergenang juga mata dalam masa sama
senyum kerana ramai yang datang
bergenang kerana sungguh aku rindu Nabi yang akhir itu.
biarpun tak pernah aku lihat wajahnya.
cukup untuk aku tahu betapa besar jasanya dalam menegak Islam
betapa benarnya dia sebagai manusia
hati siapa yang tak tersentuh
mata mana yang tak bergenang
walau aku x sebaikmana
terkadang aku banyak lupa
leka tak usah di kata
maaf Allah
maaf Rasul Allah
hebat bagi mereka yang mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya di muka bumi.
in shaa allah.
bebyeeeee.
Assalamualaikum (sejahtera ke atas kamu).
salam tu doa tau.
jawab laaah!



Thursday, 3 April 2014

freakly jealous - can't mention. it just "she"

Assalamualaikum
arrgh. it is so g r r r for me to havva this feeling
it just come out from my deepest soul. last seconds . when i read her blog. argh.
owh please.
shuuuu~
go away~
i dont need u mr. jealousy.....
****************************************************************************
she got the chance
oh please
she always do.
often? no.
so so often.
*****************************************************************************
a chance that i can't.
even for a once.
arghh.
why? whyyyyyyyyyyyyyyy
******************************************************************************
she meet him
my adorable him
she even have the gossip
with him.
arrghhhhh.
*****************************************************************************
BAIK....
Pengalaman hari ini.
Lesson for today
In a nut shell
JANGAN BERSIFAT IRI HATI
DENGKI
ITU TAK ADA MANFAAT
SABAR.
SEBAB MEMANG ALLAH YANG ATUR PERJALANAN HIDUP KITA
ALLAH ATUR UNTUK DIA JUMPA DIA
ALLAH ATUR UNTUK KAU BELUM BERJUMPA DIA
ATAU TAK KAN JUMPA
MUNGKIN ADA BAIKNYA.
WALAUPUN KAU TAK GEMBIRA SITI NURBAYAH.
STOP!
**************************************************************************
ADA HIKMAH





Tuesday, 1 April 2014

jaw drop- Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan

Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas nabi kami yg tercinta Muhammad SAW
juga pada para sahabat Baginda
May Allah bless the people surround me
especially for the family of all passengers and krew of boeing 777-200 Malaysia
*****************************************************************
'Malaysia is in unique circumstances'
ramai yang terkesan bila Perdana Menteri merumuskan di sidang media tempoh hari
berkaitan isu pesawat itu dipercayai berakhir di selatan lautan hindi
Allah Ya Rabb
retak hati ibu yang menunggu
terduduk isteri yang merindu
hiba hati ayah yang sebelumnya masih mampu tabah
juga robek hati anak yang rindu akan peluk hangat abah
memang.
mesti.
tak siapa mampu fahami.
kecuali si empunya diri sendiri.
******************************************************
juga di kesempatan
aku turut bersimpati atas kalian
tiada kata mampu terucap selain SABAR
maaf. memang itu yang selalu meniti di bibir orang.
kerana memang tugas kita untuk bersabar sebelum di janji Allah kesudahan yg besar hikmah.
***************************************** *************************
juga aku ucapkan tahniah
kepada warga dan pihak yg bertauliah
berkongsi cebisan dari besarnya ilmu Allah
mengajar ilmu yg ibaratnya cuma perca saja berbanding ilmunya Allah
seorang yang membuat aku ternganga - nyaris2 jaw drop
Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan
bekas juruterbang Mas, suami seorang pramugari jelita
Ya Allah, hebatnya Allah izinkan dia berkongsi ilmu dengan kami lewat waktu duka ini
baru kami sedar - ilmu perlu di teroka
kalau manusia saja sudah cukup buat kami ternganga,
apatah lagi akan kuasanya Allah yang mampu mendiri langit tanpa tiang,
menghampar laut bersama darat
menegak gunung ganang
pergh.
bukan cuma jaw drop.
knee drop dah.
boleh kata top to toe la drop.
takutnya akan kuasa Allah menarik, memberi, membolak balik apa pun bila Dia mahu.
 maaf Allah sebab kami hamba yang kerap menzalimi diri kami sendiri.
maaf sebab kami faham kebenaran namun masih terus mendustakan.
Ampuni kami Allah.
Afiat kan kami beserta ibu bapa kami ya Allah.
pelihara satu-satunya adik kami ya Allah.






Monday, 31 March 2014

Matahari di tutup awan

evening view
************************************************************
bila keponakan ku yg pertama merengek minta di bawa bersiar
tak perlu nak bersiar sgt
keluar rumah tp masih dlm pagar.
duduk merasa angin sepoi petang di gazebo buatan tangan tua ayah
terpana mata sebentar
terkesima melihat keindahan yg tak tertarakan
mungkin biasa pada pandangan yg pertama
tp bila di-amat
cantik.
*************************************************************
tepat waktu
kereta insight hibrid abang memacu masuk dalam pagar
ayah keluar menjengah cucu yg bersila atas meja gazebo
"pegang elok2. jatuh sat g. pegang dia Bayah"
teliti.
nampak saja tingkah aku melonggar tangan dari pinggang cucu kesayangan.
bapak selamanya bersifat bapak.
melindungi.
**************************************************************
 B-"huuih. cantik la. "
mata ku baru terpana melihat matahari tadi.
B-"tp x boleh tengok. terik sgt."
A-"abang boleh."
B-"memanglah. hang pakai spek tuh. matahari di tutup awan abang. pi buat lagu."
A-"tak sedap la di tutup tu"
B-"matahari di balik awan"
A-"haaah, tu okay. tapi Bayah.. lagi okey kalau hang masuk goreng aiskrim kt abg."

ringkas. tapi cukup untuk buat aku faham
penat berdalih, akhirnya aku kalah.
"tunggu gas mak pasang. nanti acik goreng. "

THAT WHAT WE CALLED "RESPECT THE ELDERLY"
eewaah


Sunday, 30 March 2014

bila hati ku tutup rapi

Assalamualaikum wbt..
sihat hendaknya kalian.

spotlight
announce

'pernah aku merasa kosong
kosong dari pekik dan raung
kosong dari peluk yg konon mendamai
kosong dari bahu yg konon meringan beban
dari apa?
dari lelaki yg belum tentu jodoh sendiri.

sendiri?
pernah buat aku dengki
dengki pada teman yg berpasang
dengki sebab aku dikawal langkah kaki
dikawal siapa?
ibu ayah yg mengerti perihal dunia yg fana lg alpa ini'

cinta
bukan tiada. bukan tak bercambah. bukan.
cuma bukan pd yg belum pasti.
bukan untuk mencuba lalu pergi. hilang.
tak dikesan
akhirnya diri sendiri jadi korban

aku ada cinta.
cinta ramai. cinta bermula dari satu untuk Yang Satu.
kemudian untuk nabi, mak ayah yg punya mata bundar
juga pada seseorang
yg ku yakin hebat.
tp biar terdiamkan.
sebab layak bukan untuk aku
layak untuk wanita lain. 

mic off


Saturday, 29 March 2014

new era joker who awaken others-jep

tak lawak tak pe Ib, jangan biadap..

Rahmat Allah tu luas

ape laa....orang nak carik bini, carik yg bertudung.....

kau nk mengorat dia niat kau ape? nak kawin dgn dia? jgn kau tackle dia tp xda niat nk jadikan isteri. salah tuh....

syarat mati bukan tua bkn sakit, syarat mati tu hidup..

mati itu tiada sakat. semakin lama semakin dekat. umpama ikan terlekat di pukat. sekadar menunggu tuannya angkat.

ni nak adil kena pergi Ar-Rahnu niiiiiih....

*********************************************************************

itu antara lawak jenaka yg aku gemar dari pelawak seorang ni
lawak yg ada mesej
walaupun x sarat, tapi ada.
setiap lawaknya, ada makna
bagi aku. juga bagi kalian.
tahniah jep.
sebab tak pernah aku dengar lawak lucah atau biadap berlebih-lebih
teruskan usaha menyampaikan mesej dalam seloroh
suka. harus aku akui berlawak itu perkara sukar.
apatah lagi memastikan lawak itu terkesankan orang.
tahniah.
teruskanlah bercakap yg baik2.
semoga rezeki mu bertambah.
semoga keluargamu berkah.
sekian.

kehilangan- sama tapi tak serupa

Assalamualaikum wbt.
terima kasih Allah untuk sisa umur yg masih berbaki.
entah bila penamat nafas yg Kau pinjamkan tanpa se-sen bayaran.
maaf bila aku lupa.
ampuni bila syukur tiada.
*************************************************************************

aku tak sehebat a samad said juga lim swee tin
yg mampu menzahirkan emosi lewat syair atau sajak.
aku mampu berkongsi dan berdiri sendiri sebagai blogger baru.
takziah ku bergunung gunung untuk ahli keluarga penumpang pesawat malaysia boeing 777-200
juga kepada kru kabin yg terlibat dan bertugas pada hari hitam pekat.
ya. kehilangan kalian cukup sukar untuk di telankan.
menerima ketiadaan mereka umpama saat yg tak pernah terbayangkan
menelan anggapan bahawa mereka berakhir di laut besar itu juga memeritkan
mata melihat tak sehebat bahu yg menanggung beban
sabar tak lepas diucapkan dari mereka yg prihatin
tapi untuk mempraktikkan. ya. aku juga pernah merasa. mak ayah aku juga pernah merasa.
**********************************************************************
kami juga pernah hilang. cuma hilang yg berbeza.
kalian hilang orang yg paling kalian sayang dalam tragedi itu. hilang tanpa jasad. ghaib tiada bukti
kami.
hilang fikiran yg jasadnya ada. 
bongsu selepasku.
hidup jasadnya. tapi otaknya gagal berfungsi normal.
pseudomonas meningitis. cerebral palsy.
itu lombong pahala yg aku sebutkan sebelum ini.
kami pernah hilang pertimbangan beberapa kali.
kami pernah mengeluh bila letih berselubung dalam benak hati.
kami merasa kami hilang manusia normal. kami merasa kami yg perit. kami yg jerih.
tapi sebenarnya. dia yg sepatutnya menangis letih.
letih sebab tiada daya. letih sebab tak mampu berbuat apa.
dulu kami cuma merasa jerih kami. kami tak perasan perih adik sendiri.
malu dengan diri sendiri. 
sebab rasa yg Allah bg ujian berat .
salah. 
salah hati yg masa tu mati.
bila timbul tragedi hiba ni, baru aku terfikir yg kalian lebih berat menanggung ujian.
kalian lebih hebat dalam menangani segala perih.
hikmah Allah luas.
ujian Allah pelbagai.
kami berharap yg terbaik untuk kalian.
yakinlah yg Allah menjanjikan sesuatu yg hebat selepas ini untuk kalian.
mungkin clishe. tp yakinlah.
kita sama2 pernah hilang pertimbangan.
tangan ku depakan untuk kita sama2 maju melangkah ke depan.
si kecil masih perlu membesar.
ibu masih memerlukan pelukan anak yg ramai
ayah masih perlu dakapan
majulah kalian.
mari.
 =)

seniwati dalam hati- Wan Maimunah

Assalamualaikum w.b.t
fuuhhh.
lama tidak di jengah blog beta. bersawang nampaknya. muehehe

first, ucapan takziah ku yg tak terucapkan kepada keluarga al marhum ali mamak..
juga kepada al marhum pak ali (jeruk madu). 
juga pada ustazah fardhu ain kampungku, 
al marhumah ustazah Salbiah..semoga kalian ditempatkn bersama-sama org yg beriman..
terima kasih untuk segalanya ustazah. ajar saya sampai pandai. tegur saya sampai saya betul.

**********************************************************

back to wan maimunah.
fine!
siapa lah lagi gerangan yg  hebat bermain emosi selain dia
paling gempak bila dia berlakon jadi mak-mak.
ahh...memang persis mak den gayanya.
tambah pulak jadi mak yg sakit, lelah...haaa..mmg berjaya benar.
rasa mcm nk bg inhaler kt dia. nmpk real sgt....
berapa lah agaknya bayaran..
telemovie ku sujud di kakimu ibu. 
sekali berganding dgn pelakon yg juga tiada terkata hebatnya seperti eizlan yusof, mukhsin..mmg perh la..emelda..awwww....bangga datuk AC dapat adik ipar hebat cenggituh. bgga lg adlin aman ramli.
mmg hebat. tambah pulak dia ada adik cacat lakonan mukhsin
memang merembes la air mata den ngn mak den..
but in a nut shell,
shabas inspektor sahab..mmg gua terkesan dgn telemovie itu.
tahniah.
 

Wednesday, 26 February 2014

Belum Puas?

Assalamualaikum wbt.
Alhamdullillah syukur Allah.
aku dh lama habes praktikal. sejak dr bln 10 tahun lepas.
jadi
selama itu jugak aku menganggur
puas menganggur?
bukan puas tu yg aku  nk nukilankan.
puas x dalam cuba buat baik untk ahli keluarga especially mak ayh dn zahir
hmph. belum bagi aku
selagi belum peroleh ikhlas, aku belum puas.
jadi besar x peranan ikhlas?
besar.
sebab Allah menilai kita.
buat ap buat tp mulut memaki hamun org lain.
buat ap ikot tp hati x habes2 membangkang.
rasa2 perbuatan kita Allah terima x.
hebatnya Allah bila dia bg kita mcm2 perasaan.
tp mungkin kita yg x perasan.
sepapatutnya kita muhasabah diri.
knp Allah bg ujian.
sbb Allah nk kita sabar.
ujian Allah tu untk mereka2 yg terpilih je ke?
tak.
*********************************************************************
kita nmpk seorang mak cik suap ank dia yg cacat mkn di RnR.
mungkin pada kita tu ujian untuk dia
tp Ustaz Kazim ckp, sedarlah yg sbenarny itu jugak ujian untk mereka2 yg memandang mak cik td.
ujian tentang ap perlu kita lakukan untuk bantu diorang.
hmm. hebatkan. ujian tu Allah bg dlm keadaan kita sedar atau x.
hebat. sebabtu lah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
aku pun dlm usaha nk baiki diri.
mintak maaf lah bila lalai.
aku pun selalu lalai.
menyesal tp buat jugak.hmph

Wednesday, 15 January 2014

ini luahan hati seorang perempuan

Assalamualaikum w.b.t
semoga kalian selalu dlm dakapan Rabb..
tatkala nukilan ini ku tuliskan
niatnya bkn untk menyalahkan. tapi aku ingin menyedarkan. diriku sendiri dan kalian seluruhnya.
tidak terlintas aku untuk tidak mengikhlaskan segala ap yang ku perbuat atas dasar keluarga.
tetapi oleh kerana sikap yang terkadang merobek mataku, meluluh jantungku dan menggugur keihklasanku
aku memutuskan untuk kalian tahu bahawa aku makin rapuh untuk ikhlas.
marah ku bukan sia2. marahku bkn membabi buta. marahku kerana sebab nyata.
aku juga mengerti keadaan kalian, keletihan kalian atas dasar rezeki dan sesuap nasi ,
juga ketegasan kalian sebagai lelaki.
tetapi
kami juga punya keadaan kami sendiri. kami juga letih. kami juga perih.
kenapa?
kerana kami melakukan semuanya di rumah. sendiri.
kalian dikenali sebagai orang yg bekerja
kami dikenali sebagai suri rumah tangga.
mungkin pada mata kasar kalian yg lebih penat
tapi pernah tidak kalian meletakkan posisi kalian di tempat kami?
kerja kalian habis sampai pencen
kerja kami sampai umur habis.
***************************************************************************
apa terjadi salah sekiranya kalian sekali sekala turut membantu?
apakah runtuh egomu?
apakah jatuh martabatmu?
apakah luruh maruahmu?
tidak.
apakah salah kalau pinggan itu diangkat sesudah makan?
apakah salah kalau kalian menginginkan sesuatu..kalian menggunakan anggotamu sendiri?
kenapa hanya mengguna mulut untuk meminta?
kenapa tidak mengguna kaki dn tangan untuk menggapai bahkan membantu.
sedangkan itu Allah kurniakan bersebab. berdikarilah kalian.
apa perlu kalian memarahi?
apa perlu kalian merendahkan?
apa perlu kalian membentak cuma kerana kerja lambat?
apa kalian pernah berfikir.bersangka yg baik bahawa kami juga tidak makan.
sebaliknya kami mendahulukan kalian.
apa pernah kalian memperlihat diri kalian?
apa lebihnya kalian?
kami cuma dirumah.melakukan segala mcm tugasan.
apa salah bila kami meminta sekali sekala?
kalau boleh kami membeli sendiri, kami juga tak ingin menyusahkn kalian.
apa pernah kalian berfikir betapa bosan dirumah seharian?
apa kami tak perlu bersosialisasi?
apa kami perhiasan yang cuma boleh dimangga rapi?
apa kami tak berhak bersuara?
******************************************************************************
pernah kalian kenang jasa kami?
pernah atau tidak kalian berfikir nurani kami?
masih belum sabarkah kami?
kami cuma mampu berkomunikasi dengan tv.
jadi apa salah kalau kami membukanya kerap kali?
cuma itu yg termampu untuk membuat hilang segala amarah kami.
mungkin itu medium untuk kami menenangkan hati kami selain melakukan hal wajib yg lain.
mungkin itu cara mengutuhkan keikhlasan selepas Quran.
kerana nafsu amarah itu mampu meluluh ikhlas.
jadi hati ini perlu ketenangan. bermula dari Rabb. Quran Kalamullah.