Wednesday, 3 September 2014

RAHMAT ALLAH TU LUAS.



Assalamualaikum wbt..selawat dan salam ke atas nabi kami Muhammad SAW, kepada kaum keluarga serta sahabat Baginda. Ya Allah, tempatkan lah para solehin, tabiin, muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kami di tempat orang-orang yang beriman. Juga selamatkan saudara Islam kami di Palestin dan dimana juga mereka berada. Jauhikan mereka dari orang yang khianat dan yang ingin berbuat zalim.. Amin..
Hidup saya bukan hidup awak. Keadaan saya tak perlu sama dengan keadaan awak. Kejayaan saya mana mungkin sama dengan kejayaan awak. Ujian terhadap saya juga tidak tertimpa kepada awak. Mengapa? Kerana ujian yang Allah anugerahkan itu tergantung kepada kemampuan hambanya.
Mungkin ujian terhadap kamu tak mampu ditanggung saya. Dan ujian terhadap saya boleh jadi beban untuk kamu. Jadi, bersyukurlah untuk apa yang kalian miliki sekarang. Kesenangan, kepandaian, peluang yang mencurah serta pekerjaan yang berkah. Itu juga merupakan ujian Allah untuk hambanya. Masihkah kalian menghargai pemberiannya atau kalian berterusan juga lupa.
Patik bukan seorang pentafsir kitab. Bahkan patik juga bukan ahlinya. Sungguh kecil pangkat patik berbanding ulama. Patik cuma memberi peringatan dan nasihat. Bukan kerana patik cukup pintar. Tapi kerana patik merupakan hamba yg sering berbuat silap. Sekiranya kesempurnaan menjadi syarat untuk mengingatkan, nescaya tiada siapa mampu melakukannya.
Janganlah kita menganggap kejayaan itu ukurannya pada betapa tinggi pelajarannya. Sebaiknya ukurlah pada apa yg dikecapinya dan bagaimana dia membahagi dan menginfakkan kejayaannya. Tetapkanlah kepercayaan bahawa rezeki di kuasa Tuhan. Bukti? Sebentar.
SEMBANG TEH TARIK.
Jep: Saya mungkin kurang dari segi akademik Dato’. Tapi saya tak nak kurang dari segi kehidupan.
AC Mizal: Betul.
Nak tawu Jep pakai kereta apa sekarang? Velfire. Sebab apa? senang beli kereta besar nanti nak berjalan, bawak satu family naik satu kereta aje.
Berapa agaknya peratusan para guru dan pensyarah mahupun akauntan memiliki kereta itu? Saya tidak menafikan bahawa ada. Cuma berapa ramai agaknya?
Lantas atas sebab apa Jep mampu memiliki?
aTas sebab apa juga segelintir kelompok yang saya sebutkan diatas ada memilikinya?
Kerana usaha. Kerana mereka usaha.
DAN KERANA MEREKA PERCAYA BAHAWA RAHMAT ALLAH TU LUAS.
Jangan kita menjadi sekelompok manusia pesimis seperti dibawah:




ko dah kenapa sibuk sangat nak mengumpat dan mengata? kau ada tiket masuk syurga dah ke?
eee...membara pulak kitee.. =..=

Wednesday, 27 August 2014

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Assalamualaikum wbt.. selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad SAW.. selawat dan salam ke atas para sahabat baginda, kaum kerabat dan keluarga tercinta Baginda.. ya Allah..berkati dan cintailah para tabbiin, para solehin, muuslimin dan muslimat.. selamatkan keluarga Islam kami di Gaza Palestin.. juga selamatkanlah negara kami yg kami sayangi ini Allah.. terima kasih untuk nikmat keamanan yang kau berikan kami selama 57 tahun.. entah sampai bila keamanan kami berbaki.. entah sampai bila kami sabar menghadapi kerenah renyah ini.. moohon kau sabarkann... Harap kau kuatkan.. merdeka!merdeka!merdeka! entah kenapa benak hati ini masih kuat darah melayunya.. entah mengapa sejarah negara begitu sebati dlm diri entah kenapa sayangku tak pernah putus untuk kesemua 6 pemimpin negara.. dan yang paling ku hargai tunku abdul rahman..yang paling ku cintai tun mahathir.. kerana padaku pengorbanan mereka tiada banding muncul lah parti sehebat mana pun jasa mereka tidakk pernah sekali kali ku lupa berjuang ku untuk parti kasihku pada melayu.. namun Islam tetap di hati.. mengapa? melayu tak hebat kah pegangan agamanya? Agama itu di lihat pada kelakuannya, dinilai pada hatinya..iman pula cuma mampu di nilai yang Maha Esa..aku melayu yang Islamnya tak pernah pudar dalam diri..melayu yang masih punya batasan..melayu yang kenal hak dan batilnya..jangan kalian risau..kerana melayu ku melayu sejati..

Sunday, 27 July 2014

INTIPATI JENAKA_LAWAK MALAYSIA- MANFAAT VS MUDARAT

assalamualaikum...
selawat dan salam keatas junjungan kami nabi Muhammad SAW,
kepada ahli keluarga dan sahabat baginda..
semoga limpah kurnia dariMu Allah tak terhingga kepada para tabiin dn solihin.
saudara Islam kami di Gaza_Palestin
semoga kau tabahkan hati mereka.
ok.
*****************************************************************************************
 intipati jenaka di malaysia ku lihat bnyak memberi kesan dalam menjurangkan intelektual kita dengan intelektual rakyat negara maju lainnya bila terdapat lawak yg memberi mudarat kepada pemikiran anak muda pasca 2010.
lawak menjatuhkan, mengaibkan, menghina, berunsur propaganda, menggugat sentimen perpaduan wajar dielakkan dalam persembahan.
jenaka yang seolah-olah menggugat akidah umat Islam seperti jenaka berunsur lucah atau mempertikai hukum dn syariat Islam tidak wajar diketengahkan waima daripada seorang muslim atau non-muslim.
banyak memberi manfaat ialah jenaka yg membina seperti jenaka menyedarkan dengan cara sindiran sopan namun terkesankan. 
teringat akan sindiran kumpulan sepah berkenaan sikap segelintir orang melayu:

A: dah kerja ke anak awak ni?
B: belum. ingat tu bila dah terima merisik ni baru dia nk kerja.
 ************************************************************************************
A: kn ke Mahathir dah ckp melayu mudah lupa. jgn kau risau. nanti laki kau ingat le jln balik ke rumah.
B: aku takot dia hilang je.
A: aih.jgn kau risau. tuah dh ckp takkan melayu hilang di dunia.
B: ko dengarla ckp si tuah tu. dia smpai sekarang hilang x jumpa jumpa.
A: ???
**********************************************************************************
x ramai pelawak yg boleh create jenaka yg memberi kesedaran secara separa sedar namun terkesankan. simple but deep enough.
aku juga berminat mendengar celoteh Ebby Yus yg padaku sepanjang pembabitanny banyak memberi impak kepada daya pemikiran penonton.
juga jenaka sindiran namun lembut pada halwa telinga dn terkesankan.
***********************************************************************************
hiburan itu perlu.
tapi perlu kawalan dan didengar, diteliti menggunakan logikal.
***********************************************************************************
pelawak era baru perlu punya kesedaran bahawa jenaka mereka akan mempengaruhi mentaliti remaja bahkan anak kecil.
jadi perlu sedikit research dlm memilih intipati yg memberi intelektual berguna kepada pendengarnya.
*******************************************************************************
thumbs up pd yg berjaya.
gud luck pd yg masih mencuba.
perbaiki pd yg masih lupa.
sekian.
 

 

Friday, 18 July 2014

langit tampak gelap meski hari masih siang_MH17

assalamualaikum...Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah jualah yang berhak menghidupkan dan mematikan. tiada daya upaya selain Allah pencipta bumi langit petala. Punca, cara, bagaimana keadaan kita tatkala ddi panggil kembali semuanya dibawah kehendakNya. perkhabaran yang umpama satu penempelak. terpana. Fasa pertama fasa tidak percaya. Fasa dimana semua rakyat berharap itu cuma khaabr angin olahan si jari tangkas media sosial. tp cuma Allah yg menentukan kebenaran. benar. Kita menerima khabar duka untuk kedua kaliny. ya Allah. perit. Mungkin itu petunjuk dari Allah begitulah peritnya rakyat Gaza yg menerima khabar duka setiap minit. Tiada terbanding kita yg cuma menerima khabar duka setelah 4 bulan lamanya. tidak beriiman seseorang hamba melainkan dia diuji dan dia sabar. Kalian yg punya keluarga di dalam pessawat itu kami doakan ketabahan dan redha Allah mengiringi setiap lelah nafas kalian. semoga air mata duka di pipi kalian Allah sertakan dgn pahala pada setiap titisannya. in sha Allah.

Saturday, 17 May 2014

Apa menyesal itu perlu?

Assalamualaikum wbt...
hei ! Long time no see.
tapi xde la sampai berhabuk dashboard ni kan?
heehee
shuuhhh. unrelated issue,
******************************************************************************
ok
back to the main issue
apa menyesal itu perlu?
haaaaaaa
korang pernah menyesal tak?
aku?
tak payah tanya...
selalu aku menyesal..
haha..
tapi masalahnya sekarang...patot tak kita menyesal?
pada aku...aku punya dua pandangan.
*****************************************************************************
PATUT
1. bila anda rasa anda dah buat kesilapan yang cukup besar.
2. bila anda rasa anda sudah buat dosa.
3. bila anda rasa anda sudahpun mengecilkan hati seseorang.
4. bila anda rasa anda sudah berlaku biadap pada orang atas alasan yang tak munasabah.
5. perkara yang menyebabkan keburukan pada yang lain terjadi kerana anda. memang patut anda menyesal!

TIDAK PATUT
1. bila anda rasa anda sedang mempertahankan hak anda.
2. bila anda rasa anda melakukan perkara yang haq.
3. bila anda rasa memang perlu anda berkelakuan sebegitu. tapi ingat. jgn pernah kecilkan hati orang.
4. bila anda rasa perkara itu anda lakukan atas dasar menyedarkan.
5. perlu anda menegakkan kebenaran walaupun ianya pahit pada orang lain.
**********************************************************************************
aku dengar ceramah Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias dalam program hits beliau-Kalau dah jodoh
Rasulullah SAW pernah bertanya pada para sahabat.
isinya lebih kurang cenggini lah..
nabi tanya sahabat perkara apakah yang paling mereka sukai berkenaan dunia.
aku tertarik tentang jawapan Umar al-Khatab (if im not mistaken)
ada 3 perkara yang aku sukai tentang dunia.
pertama. aku dapat mencegah kemungkaran dengan keadaanku.
kedua. aku dapat berkata yang benar meskipun perkara itu pahit untuk ditelan.
ketiga. aku dapat membuat kebaikan tanpa orang dapat melihatku.
********************************************************************************
rupanya syarat yang ketiga itu Umar teladani dari Saidina Abu Bakar yang juga meneladaninya dari Rasulullah SAW.
setelah Rasulullah meninggal, Saidina Abu Bakar bertanya pada anaknya Aisyah yang merupakan isteri Baginda.
apakah kebaikan dari Rasulullah yang dapat aku teladani?
Aisyah pun cakap.
Rasulullah bila lewat malam  selalu pi rumah orang tua buta kat hujung kampung tuh.
dok pi suap dia mkn. kemaih rumah dia. semua laaa.
ustaz kazim yang cerita dlm loghat kedah. hehe
jadi abu bakar pun terpaksa menyambung kerja nabi setelah kewafatan nabi.
abu bakar pun pi rumah orang tua buta tu untuk menguruskan rumah dan nenek buta itu.
sedang abu bakar masak, dia dengar nenek tu dok maki nabi.
-"Muhammad tu aku tak taw laa...pemimpin mcm apa tak taw la..orang mcm nek ni langsung tak dibela.
tak patut dia jadi pemimpin."
berdesing cuping telinga abu baakr saat itu. abu bakar pun pelik.
-aiih. nenek ni tak taw ka yg dok mai selalu suap dia kemas rumah dia tu nabi muhammad?
tapi abu bakar tetap sabaq.
disuapnya nenek buta tu. lalu nenek tu pun tersedaq.
-"haaih. haaih. hang ni sapa ni? mana hat duk selalu suap aku tuh?
abu bakar pun jawab.
-saya la yg selalu suap mak cik.
-"dak aiiih. aku taaw..yang dok suap aku tu lembut tangan dia...ni keras kedegiang tangan hang ni.
dijawab lagi Abu Bakar.
-mak cik oooi..hat dok selalu suap mak cik tu dah meninggal..hat mak cik dok keji tu la yg selalu mai tolong mak cik suap makan kemas rumah semua. Muhammad dah wafat mak cik ooi
-"haaaah? Muhammad meninggal? jadi dia yang selalu tolong  aku? La illah ha illallah.Muhammad dur rasulullah.
terus nenek buta itu masuk islam. menugcap dua kalimah syahadah,
tengok la betapa hebatnya penangan nabi yang akhir itu.
betapa sabarnya Muhammad.
betapa berianya sahabat baginda meneladani baginda.







Wednesday, 23 April 2014

Malam Cinta Allah dan Rasul

Assalamualaikum wbt
alhamdulillah pertama-tama
bersyukur hamba
rupanya masih ramai yang dahagakan ilmu yg baik2, yang menenang isi hatinya
rupanya ramai juga yang sedar tentang indahnya beragama, indahnya bila Islam jadi ad-deen
Alhamdulillah
sebab malam cinta Allah dan rasul ni dah jadi fenomena yang cukup baik di Malaysia
kredit juga tak terhitungkan kepada tv al-hijrah yang membuat rakaman setiap program yang diadakan banyak sudah negeri terlibat
alhamdulillah
moga dengan cara ini kita capai kesepaduan,
moga kemaslahatan terjaga rapi
in sha allah.
tersenyum bibir
bergenang juga mata dalam masa sama
senyum kerana ramai yang datang
bergenang kerana sungguh aku rindu Nabi yang akhir itu.
biarpun tak pernah aku lihat wajahnya.
cukup untuk aku tahu betapa besar jasanya dalam menegak Islam
betapa benarnya dia sebagai manusia
hati siapa yang tak tersentuh
mata mana yang tak bergenang
walau aku x sebaikmana
terkadang aku banyak lupa
leka tak usah di kata
maaf Allah
maaf Rasul Allah
hebat bagi mereka yang mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya di muka bumi.
in shaa allah.
bebyeeeee.
Assalamualaikum (sejahtera ke atas kamu).
salam tu doa tau.
jawab laaah!



Thursday, 3 April 2014

freakly jealous - can't mention. it just "she"

Assalamualaikum
arrgh. it is so g r r r for me to havva this feeling
it just come out from my deepest soul. last seconds . when i read her blog. argh.
owh please.
shuuuu~
go away~
i dont need u mr. jealousy.....
****************************************************************************
she got the chance
oh please
she always do.
often? no.
so so often.
*****************************************************************************
a chance that i can't.
even for a once.
arghh.
why? whyyyyyyyyyyyyyyy
******************************************************************************
she meet him
my adorable him
she even have the gossip
with him.
arrghhhhh.
*****************************************************************************
BAIK....
Pengalaman hari ini.
Lesson for today
In a nut shell
JANGAN BERSIFAT IRI HATI
DENGKI
ITU TAK ADA MANFAAT
SABAR.
SEBAB MEMANG ALLAH YANG ATUR PERJALANAN HIDUP KITA
ALLAH ATUR UNTUK DIA JUMPA DIA
ALLAH ATUR UNTUK KAU BELUM BERJUMPA DIA
ATAU TAK KAN JUMPA
MUNGKIN ADA BAIKNYA.
WALAUPUN KAU TAK GEMBIRA SITI NURBAYAH.
STOP!
**************************************************************************
ADA HIKMAH