Friday, 30 January 2015

Leukemia dan Anaemia




Assalamualaikum wbt..
Bismillah..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Baik. Hari ni aku macam ada mood untuk bercerita perihal Sains. Tapi maaf, perbincangan ini mungkin agak rumit untuk dihadam. Unfortunately, this is what science is. Full of mysterious, complicated and hidden agenda. Aww.
Baik. Aku tahu korang mesti nak tahu pasal leukemia lebih berbanding anaemia, is that true? Kalau macam tu. Korang jangan harap la. Sebab apa? Sebab anaemia dan leukemia saling berkait rapat tak ubah seperti belangkas, juga seperti aur dengan tebing, kumbang dan bunga, lebah dan madu,dan bermacam perumpamaan lain.
Baik. Ish. Asyik baik je. Baik tu doa. Amin je lah.
Alright. Apa itu anaemia? Pertama-tama, aku cuba untuk cuci minda korang yang selama ini sudah terprogram mengatakan anaemia itu adalah penyakit. TIDAK. Anaemia bukan penyakit. Ia adalah symptom atau manifestasi kepada sesuatu penyakit. Sama? Tak sama. Ko paham tak? Tak sama. Haa, membara aku.
Aku bagi contoh mudah, leukemia tu merupakan malignant neoplasm of white blood cell (sel darah putih). Susah la nak bagi definisi dalam melayu. Korang googletranslate la eh. Memang namanya gitu. But then, cemana korang nak tahu yang korang tu ada leukemia? Apa symptom leukemia ni? Yes. Kat sini lah munculnya anaemia. Leukemia ni susah nak jumpa symptom di peringkat awal, tapi as time flies, korang akan dapat anaemia which is kurangnya kiraan haemoglobin dalam badan korang. Low haemogobin level. Haemoglobin tak sama bagi setiap individu. Berbeza bagi lelaki dan perempuan. Berbeza juga kiraannya untuk bayi baru lahir dan yang berusia 6 bulan ke atas, juga berbeza bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Tetapi untuk orang yang berumur tua, tahap haemoglobin akan sama. Confius? Kenapa berbeza? Ia akan berbeza. Kita kira mudah, tahap haemoglobin ni berbeza dek faktor umur, jantina, keadaan fizikal seseorang, dan populasi. Kita kira macam ni eh, lelaki tak sama dengan perempuan dari segi kekuatan kan? Orang muda pun tak sama dengan orang tua dari segi kecergasan. Kita anggap bahawa haemoglobin ini bergantung kepada keadaan individu. Is that ok? Sedar tak? Sedar tak betapa hebatnya Allah?
 Selalunya, penyebab anaemia akan dijumpai bila doctor read trough the history of patient lalu dia suruh medical lab macam aku dulu run out a few test. Apa testnya, ok,
1.       Automated electronic blood cell counters which include,
-          Pengiraan haemoglobin, main cell volume (MCV),main cellular haemoglobin (MCH), rbc distribution width (RDW).
2.       Cellular morphology of stained well made blood film
3.       Reticulocyte count
4.       Bilirubin level
5.       Chemical test of iron status, vit B12, folic acid
6.       Bone marrow examination
Namun, terdapat juga kebarangkalian bila ketika diorang still tak found out the strong evidence cause, diorang akan run out more complex test. Sort of. Rumit sebenarnya. Tak boleh senang-senang nak release keputusan yang mengatakan seseorang itu sakit kalau tak ada bukti kukuh. Sebab benda ni berkait emosi. Tambah-tambah kalau ada kena mengena dengan penyakit berbahaya.Tak pasal kena saman. Isk. Isk. Kesian. Untuk makluman korang jugak, anaemia tu bukannya symptom untuk leukemia sahaja. Ada banyak penyakit atau faktor yang boleh menyebabkan anaemia ni. Sebab tu perlu run out banyak test. Mungkin sebab tu jugak gaji doktor tinggi. Banyak fikir. Kadang fikir punya fikir sampai lupa nak fikir pasal kahwin macam doktor kat tempat aku practical dulu. Ups, tercakap pasal orang pulak. Ok stop. Untuk teladan sahaja ye. Doktor ni penting tahu. Lebih penting dari bomoh. Tapi sepenting-penting doctor, penting jugak juruteknologi makmal dan farmasi serta jururawat. Everyone should cooperate well together in order to build healthy nations. Eewaah. Aww.
Itu sedikit sebanyak yang aku tahu berkenaan anaemia. Kalau ada salah, maafkanlah ye. Ini pun aku dapat dari journal dan lecture note aku di Uitm satu ketika dahulu. Ok tadi leukemia berkenaan malignant neoplasm of white blood cell kan? Baik. Sekarang aku nak terangkan betapa pentingnya sel darah putih ni. Err, well, every cell is crucial for our body. Sebab tu Allah ciptakan semua tu dalam badan kita. Semuanya berguna. Cakap apa? Alhamdulillah. Bagus anak-anak sekalian alam. Haha.
 White blood cell or leucocytes play a crucial role in body’s immune defence system. Sel darah putih sangat penting untuk system pertahanan badan kita. Jadi, sebarang abnormality dalam sel badan terutama sel darah putih akan menyebabkan penyakit yang tertimpa-timpa kerana system pertahanan badanlah yang menghalang kita dari terjangkiti segala jenis penyakit di zaman moden ini.
    Esok aku sambung lagi.





sayang Nabi tak?



Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Ya Allah berkatilah umat kami, umat Nabi Muhammad SAW, kau tempatkanlah kami kelak bersama orang-orang yang beriman. Janganlah kau azab kami dengan azab yang pedih. Jauhilah kami dari panas neraka-Mu Ya Allah. Amin.
Ann~nyeong~
Seronok pulak penuhkan blog aku dengan karya baru walaupun aku tahu kebarangkalian untuk orang baca blog aku ialah 0.001. huhu
Biarlah. Yang penting aku baca. Kenapa aku tulis? Sebab, aku rasa tak secure nak buat diari. Lagi satu, leceh. Nanti aku lupa kat mana aku simpan. Nanti pen habis dakwat, aku nak kena beli pen baru. So, aku cari alternatif untuk tulis diblog sahaja. Apa salahnya moden-kan yang tradisional untuk kebaikan. Lagi satu aku rasa tulis blog ni quite interesting, nanti bosan boleh tukar wallpaper baru, boleh follow blog orang lain. We can make a friend. Macam lagu Barney tu. Haha. Korang tengok tak mascot dinosaur yang warna ungu tu? Comel kan? Barney and Friends. Ok stop. Aku bukan nak promote cerita tu. Maklumlah perempuan ni bila bukak mulut, tak jumpa noktah. Tak tahu nak berhenti kat mana. Aww.
Sepanjang aku duduk je kat rumah macam anak dara walhal aku memang anak dara, awww. Haha. Aku rasa aku banyak mengemas dari memasak. Ok la bukan dari. Aku memang tak masak langsung. Leceh la aku. Masalahnya aku tak minat. Aku lagi minat cuci sawang, cuci kipas, sapu sampah, lipat baju, cuci tandas, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan, angkat kain, cat rumah dan kerja-kerja pembersihan lain. Mak aku suka memasak. Tambah-tambah kalau semua anak dia ada kat rumah. Sedap pun sedap. Lagi pun, aku masak mana sedap. Kopi je aku tahu buat. Dah tu memang minuman favourite aku. Apa ada hal. Setakat kopi yang pekat dan lazat. Eleh, gigit kuku je lah.
Ada jugak suku dari masa aku tu aku tengok tv, sekarang ni aku minat cerita Rafflesia dan Islam KTP. Berita pun aku tengok jugak.  Malaysia hari ini pun aku tengok. Aku minat Ally Iskandar dengan Zaim. Zaim tu macam Gwang-Soo. Heh. Islam KTP tu banyak tahu pengajaran dan teladannya. Banyak lagi pasal Islam yang aku tak tahu. Banyak kebaikannya. Mak dan ayah aku cukup minat. Pukul 5. Tv Alhijrah ok? Hanya di saluran 114. Astro. Njoi. Ececeh. Aku promote sebab cerita tu bagus.
Ok weyh, hari ni korang nak berbincang pasal apa? Hmm. Apa yang hot sekarang ni? Pasal alyah dengan ramli m.s? tak nak lah. Tak baik bercakap pasal orang sedangkan kita sendiri jahil tentang apa yang sebenarnya terjadi. Kita tak nampak dan kita tiada di situ. So, shuuhh. Jangan bercakap pasal orang eh? Ok. Apa kata kita bercakap tentang seorang jejaka handsome. Hehe. Bukan setakat handsome, baik pulak tu. Bak kata orang baik giler. Ni memang lelaki idaman setiap wanita. Zul arifin? Ehh. Bukan. Nasir Bilal Khan? Ish, korang ni. Lagi la bukan. Orangnya ialah Nabi Muhammad SAW. Seorang anak muda yang sudah melalui ujian getir seawal usianya. Anak Siti Aminah dan Abdullah.  Korang sayang Nabi tak? Sayang? Jangan cakap je taw. Buktikan.
Dikatakan, muka Nabi lagi terang dan indah dari bulan taw. Dan tiada orang lain yang boleh menandingi Nabi dalam soal senyum. Senyum seindah suria nan membawa cahya. Senyumlah dari hati, dunia mu berseri. Ehh. Senyum tu sedekah. Kot tak ada duit nak bagi kat tabung masjid, haa korang senyum je lah depan tabung masjid tu. Sedekah ler jugak kiranya. Nabi SAW sangat suka senyum. Apa lagi yang Nabi suka? Nabi suka berwangi-wangian. Nabi suka pakai cincin. Nabi suka pegang bantal. Ini semua aku dapat dari Musykil Muslimah. Haa. Hanya disaluran 106. Astro oasis. Heh heh. Nabi pulak sangat pemurah dan baik hati. Bila ada tetamu, Nabi akan sajikan apa sahaja yang ada di dapur untuk tetamunya. Nabi suka meraikan tetamu. Jarang nak jumpa orang yang ikut sunnah Nabi sekarang kan? Nak-nak soal layan tetamu ni. Penat katanya. Aku pun sama jugak. Ni aku tengah mengata diri aku sendiri la ni. Astaghfirullah.




KPOP- menelusuri akal dan fikiran



Assalamualaikum WBT..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada para sahabat dan ahli keluarga Baginda..
An~nyeong ~
Lately ni banyak isu berkenaan KPOP dibangkitkan..i learn a lot on how crucial for us to get alert on public sensitivity such as religions, hierarchy of races and one’s right.
Sangat penting untuk individu itu teliti, perhalusi dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang  tindakan yang berkemungkinan mengundang fitnah, syak atau sebagainya.
*uiiii…perlu ke fikir untuk setiap tindakan?*
Perlu. Sebab itu Allah bagi kita akal. Akal untuk berfikir. Tak kisah la dalam situasi apa pun. Waima dalam keadaan bergurau, kita dianjurkan berfikir sebelum melafazkan sebarang perkataan yang mungkin akan mengguris hati sesetengah pihak. Pelawak contohnya. Menurut Ustaz Kazim Elias, lawak itu jatuh harus selagi seorang pelawak itu tidak menjatuhkan maruah agamanya dan maruahnya sendiri dan mempunyai batas dalam persembahannya. Ini berkenaan pertanyaan Nabil kepada UKE mengenai apakah status pendapatannya sebagai seorang pelawak. Cuma, sekiranya lawak itu mengandungi unsur-unsur negatif seperti penghinaan terhadap sesetengah pihak atau individu ia jatuh perkara syubhah. Tidak berdosa tetapi tidak baik dilihat. Kata UKE lagi, perkara perkara syubhah ini menurut Nabi berdekatan dengan perkara-perkara haram. Lawak tidak salah sekiranya ada unsur kesedaran yang boleh merubah individu lain ke arah kebaikan. Ehem, jadi untuk my favourite joker, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu perlu sedikit research mengenai hal ini ok? Korang pun dah terkenal sebagai pelawak yang banyak menyentuh isu semasa orang Melayu kan? Banyak individu yang korang dah sedarkan. Both of you have done a very good step, just enhance the joke. Biar jadi pelawak bertamadun.
 Berbalik kepada perbincangan awal kita mengenai kepentingan berfikir dalam kehidupan seharian dan implikasi tindakan tersebut kepada diri kita dan individu lain. Apakah hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah berkenaan? Apakah perlu kita menghukum dengan memaki dan menghina mereka? Perlukah kesalahan mereka itu di’viral’ ke seluruh pelusuk dunia sehingga membuka keaiban pesalah berkenaan? Patut atau tidak kita libatkan ahli keluarga mereka dan mendedahkan perasaan dan masalah dalaman keluarga mereka kepada umum? Apakah itu merupakan hukuman yang dianjurkan dalam Islam? TIDAK.
Perlu atau tidak kesempatan ini diambil untuk sesebuah parti politik menjatuhkan parti politik lain?Atau ini peluang baik untuk sesetengah organisasi besar menggulingkan kerajaan sedia ada dan menubuhkan sebuah kerajaan baru dek hipotesis licik yang mengatakan hal ini berlaku kerana ketirisan dalam penggubalan dan sistem berkerajaan.  Inikah masanya untuk masing-masing menuding jari? TIDAK. BUKAN MASANYA.

Jadi? Apa insiatifnya? Bagaimana mencari alternatif terbaik bagi merelaikan permasalahan ini? Pendapat saya, pembangunan modal insan dan pembinaan semula rohani yang suci bersih perlu dimulakan dari individu. Apabila sudah cukup penguasaan, sebarkan daripada individu kepada organisasi untuk ahli. Terapkan nilai murni dalam organisasi besar, hapuskan kepincangan dan perbaiki ketirisan , in shaa Allah Islam akan tertegak dengan sendirinya. Bagi yang membangkang, bangkang dengan hikmah dan hemah. Sangat penting untuk sesebuah negara mempunyai pembangkang kerana ia merupakan cerminan untuk kerajaan. Sekiranya ada buruk, terihatlah ia. Sekiranya betul, berbahagialah bersama.
*macam tipu je. Macam tipu je*
Ya Allah, betul. Contoh ye, seorang perempuan yang bersiap untuk ke kerja melihat cermin buat terakhir kalinya untuk melihat ada tidak yang tidak kena dengan tudungnya sebelum berdepan ramai. Tiba-tiba, tersingkap sedikit rambutnya, lalu dia betulkan. Ini perkara wajar bukan? Ada tidak seorang wanita yang sudah nampak rambutnya tersingkap lalu dia biarkan. Tidak. Jika ada, maka dia tidak normal. Sama juga seperti kerajaan, sekiranya ada yang perlu dibetulkan, sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan yang mahu mendengar, meneliti dan menyiasat lalu menerima nasihat dari pihak lain.
Untuk individu, ingatan ini juga aku titipkan untuk diri aku sendiri. Seminat apa pun kita kepada sesuatu, sesayang apa pun kita untuk individu, jangan sampai melebihi kasih dan sayang kita kepada Tuhan dan Nabi terbaik kita, Nabi Muhammad SAW. Se-obsesi apa pun kita, jangan sampai tindakan kita menjurus kepada jatuhnya maruah kita dan paling pedih sekali sehingga jatuhnya maruah agama kita yang dengan begitu susah payahnya bagi Baginda untuk menegakkannya suatu masa dahulu.
Sayang tidak salah, tetapi berpadalah.
Suka tidak ditegah, tetapi berlandaslah Quran dan sunnah.
Hati tidak kekal sifatnya, iman boleh turun naik kadarnya,
Pokok penting usaha dan istiqamah.
In shaa Allah.

Nurbayya



  Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
-          An~nyeong~haseyo~    -
Aku suka menulis. Tak kisah mengenai apa pun. Isu semasa atau apa juga yang terjadi di sekeliling aku. Baik atau buruk sesuatu perkara yang terjadi, aku tetap menulis supaya nukilan aku kelak jadi pelajaran dan kenangan bagi setiap jiwa yang mungkin melalui pengalaman dan kehidupan yang sama.
Entah. Aku suka menulis tanpa rangka. Rawak. Rasa lebih jujur dan tulus. Bila saja aku rasa perlu. Dengan izin Allah. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku keluarga dan kawan-kawan yang baik, jujur, suka mengajak aku ke arah kebaikan. Banyak bagi nasihat di saat aku perlukan atau tidak. Tidak betul aku, mereka yang selalu jadi pemadam, buangkan semua yang salah, tegur aku untuk betulkan semula kesalahan itu.  Banyak yang aku belajar sepanjang 22 tahun umur aku. Entah sampai bila berbaki, aku pun tak tahu. Wallahualam. Lately, aku berharap untuk lebih istiqamah. Tak kisah la dalam apa pun. Aku berharap untuk jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam. Doakan aku. Dulu, bila aku mengaji, aku rasa tak perlu untuk tahu maksudnya. Sekarang, bila aku fikir dan teliti balik, setiap apa yang kita buat  kita kena tahu semua itu tentang apa, baik atau tidak, mudarat atau manfaat, itu semua penting. Macam orang cakap, beramal tanpa ilmu itu sia-sia. Berilmu tanpa amal tak guna juga. Hmm.
Ustaz Don cakap semua surah dalam Quran tu best. Yang paling legend sekali bila di setiap permulaan tu terdiri dari ayat Quran yang ertinya cuma Allah saja yang tahu. Surah Yassin dan Surah Maryam just to name a few. Bak kata abang Ali dalam Islam KTP ‘ada rahsia di sebalik rahsia’. Cuma pada aku, tergantung kita untuk memahami dan mendalami makna di sebalik ayat itu. Macam aku cakap tadi, to be honest dulu aku rasa macam sangat leceh untuk baca makna dari setiap ayat tu. Kesudahannya ilmu tentang Quran aku sikit pun tak bertambah. Aku cuma buat tapi aku tak belajar. Aku cuma baca tapi aku tak telusuri apa sebenarnya mesej yang Allah nak sampaikan. Akibatnya, aku rasa mengaji ni tak best la.. bosan.. DAN itu sebab pentingnya ada orang di sekeliling kita untuk nasihat kita. In shaa Allah, aku akan terus istiqamah.
Sekarang, aku tengah belajar lagi pasal Surah al-Kahf. Bila dah faham surah tu berkisar tentang apa, baca banyak kali pun tak jemu. Serious. Korang cuba la. Aku suka kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir. Setiap apa yang Nabi Khidir buat, mesti bersebab dan dengan wahyu Allah. Aku juga suka tentang pengembaraan Zulkarnain berjumpa dengan bermacam jenis orang dan bagaimana dia membuat tembok menghalang Yakjuj Makjuj dari membuat kerosakan dimuka bumi. Cerita best yang lain,berkenaan Ashabul Kahfi yang tinggal di dalam gua selama 309 tahun dan masing-masing berselisih pendapat tentang berapa lamanya mereka tinggal di dalam itu. Sehingga duit pun dah bertukar lain. Allah membuktikan bahawa Dia yang mematikan manusia pasti mampu membangunkan manusia itu semula. Kunfayakun. Juga pasal kisah dua orang manusia yang mempunyai kebun yang sudah Allah mewahkan kebun tersebut tetapi seorang sahaja yang mahu bersyukur yang seorang lagi tidak. Lalu Allah tarik semula nikmat itu daripadanya. Ingat tu. Penting taw bersyukur. Banyak teladan dalam kisah al-Kahf ni. Tentang dalam setiap perkara yang belum pasti, kita hendaklah berkata in shaa Allah, tentang pengharapan bukanah pada harta dan anak tetapi pada amal kita. Korang baca la.
Al-Kahf ni baik untuk hindarkan kita dari fitnah Dajjal. Kawan aku cakap elok baca selepas solat maghrib hari Khamis sampai selepas solat Isya’ hari Jumaat. If im not mistaken. Kalau aku salah, betulkan ye kawan. Macam la kau baca blog aku kan. Haha.
Bagi siapa yang dah selalu baca Yassin, Yassin tu tak salah pun kalau nak baca malam Jumaat. Baca keduanya kan bagus sebab masing-masing merupakan surah dalam Quran yang kita dah sedia maklum bahawa Quran tu mukjizat. Jadi setiap apa didalamnya juga mukjizat la. Semua ada kebaikannya.  So don’t worry ok. Yang penting niat. Korang nak baca hari-hari lagi Superb dan amazing. Hehe.
Aku harap blog aku ni bawa manfaat untuk korang. Aku minta maaf untuk setiap salah tatasusila aku. Semoga kita sama-sama tergolong daam golongan yang Allah sayangi dan yang Nabi kagumi. Terima kasih Allah. Eh, dah macam tagline Suhan Movies pulak. Oh, by the way, aku suka Rosyam Nor. Nampak dah tertib sekarang. Go Dato Rosyam Nor dan Datin Runika Samsudin. Semoga kita semua dalam redha Allah. In shaa Allah . Amin Ya Rabb.
Ok, with that I thank you.
Assalamualaikum wbt.
Sincere,
Nurbayya

Thursday, 15 January 2015

Interview degree Masscom Uitm



Assalamualaikum wbt..
-Treeett-
Bunyi inbox masuk la…msg korang tak bunyi cenggitu eh? Hoho
Semakan keputusan panggilan temuduga uitm boleh dibuka mulai ____ pada pukul ____
Ok..adrenalin aku dh merembes rembes di dahi licinku..
Ehhhh…hehe..org kata dahi licin cantik..
Aku tak la cantik sgt..ada la mcm liyana jasmay sikit.. aww
Aku pun check la setelah menambah nilai broadband aku..
Alhamdulillah dapat..
So dgn beria dan bahagia, aku cuba cari maklumat sebanyak mungkin mengenai masscomm.
Then I found some blog which is interesting, si bulat dan si sepet blogspot (very helpful).
Dan soalan yg blogger comel tu tulis telah keluar di hari interview masscomm aku..
Ok let me make it tidier.
Ok masscom ada 2 bahagian. Writing and speaking.
Pagi tu kitorang semua kena perah otak writing dulu..
Soalan cuma 1: what is your opinion on massmedia in Malaysia? Elaborate with 200 words in half an hour.
Soalan interview tak sama buat semua candidate.
Candidate pertama tu dpt soalan pasal current issue mcm GST. Then the next candidate dia borak biasa pasal hobi, ada yg dia bg situasi then mcm mana korang nk handle situasi tu. Contoh eh, ada bdk tu nk ambil major in PR, so dia bg condition on how to handle the next kin of passengers and crew of MH370 OR MH17. Isk isk isk kesian budaknya. So korang kena tahu 8 major course of masscomm especially kt uitm. Hafal je weyh.  Hafal la jugak menteri cabinet atau mb kt negeri korang or negeri yg dekat dgn korang. Setengah interviewer dia tnya. Tp kt tempat aku interview tu tak tanya pun.
Yg paling penting korang betul betul kena tawu pasal current issue. 2 3 days before hari interview tu beli jer surat kabo omputih tu. Masa kitorang tu tengah kecoh pasal bnjir n mata wang jatuh padahal aku pun tk tawu bila dia jatuh.

As for me. I am so lucky sbb diorg tk tnya benda susah pun. Mungkin sebab diorang lg eager nk tahu pasal sejarah aku. Kenapa dr science nk ambik masscomm. Haa tu soalan peymes gak. Kenapa korang nk masscom ni..apa yg korang boleh contribute untuk masscom for the future. Apa yg korang tawu pasal masscom.
So aku pun explain la from alif to ya. Tak tawu la dpt ke tidak. Ada sedikit unsur provokasi. Tp korang doakan la biar aku dpt eh?
Jgn risau. Yg penting speak in English, x pe…tk tawu try je..yg penting korang usaha.
Tu je la pengalaman aku. Nk extra note, korang follow la blog si bulat dan si sepet.
Terima kasih.