Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
-
An~nyeong~haseyo~ -
Aku suka menulis. Tak kisah mengenai apa
pun. Isu semasa atau apa juga yang terjadi di sekeliling aku. Baik atau buruk
sesuatu perkara yang terjadi, aku tetap menulis supaya nukilan aku kelak jadi
pelajaran dan kenangan bagi setiap jiwa yang mungkin melalui pengalaman dan
kehidupan yang sama.
Entah. Aku suka menulis tanpa rangka.
Rawak. Rasa lebih jujur dan tulus. Bila saja aku rasa perlu. Dengan izin Allah.
Alhamdulillah, Allah kurniakan aku keluarga dan kawan-kawan yang baik, jujur,
suka mengajak aku ke arah kebaikan. Banyak bagi nasihat di saat aku perlukan
atau tidak. Tidak betul aku, mereka yang selalu jadi pemadam, buangkan semua
yang salah, tegur aku untuk betulkan semula kesalahan itu. Banyak yang aku belajar sepanjang 22 tahun
umur aku. Entah sampai bila berbaki, aku pun tak tahu. Wallahualam. Lately, aku
berharap untuk lebih istiqamah. Tak kisah la dalam apa pun. Aku berharap untuk
jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam. Doakan aku. Dulu, bila aku
mengaji, aku rasa tak perlu untuk tahu maksudnya. Sekarang, bila aku fikir dan
teliti balik, setiap apa yang kita buat kita kena tahu semua itu tentang apa, baik
atau tidak, mudarat atau manfaat, itu semua penting. Macam orang cakap, beramal
tanpa ilmu itu sia-sia. Berilmu tanpa amal tak guna juga. Hmm.
Ustaz Don cakap semua surah dalam Quran tu
best. Yang paling legend sekali bila di setiap permulaan tu terdiri dari ayat
Quran yang ertinya cuma Allah saja yang tahu. Surah Yassin dan Surah Maryam
just to name a few. Bak kata abang Ali dalam Islam KTP ‘ada rahsia di sebalik
rahsia’. Cuma pada aku, tergantung kita untuk memahami dan mendalami makna di
sebalik ayat itu. Macam aku cakap tadi, to be honest dulu aku rasa macam sangat
leceh untuk baca makna dari setiap ayat tu. Kesudahannya ilmu tentang Quran aku
sikit pun tak bertambah. Aku cuma buat tapi aku tak belajar. Aku cuma baca tapi
aku tak telusuri apa sebenarnya mesej yang Allah nak sampaikan. Akibatnya, aku
rasa mengaji ni tak best la.. bosan.. DAN itu sebab pentingnya ada orang di sekeliling
kita untuk nasihat kita. In shaa Allah, aku akan terus istiqamah.
Sekarang, aku tengah belajar lagi pasal
Surah al-Kahf. Bila dah faham surah tu berkisar tentang apa, baca banyak kali
pun tak jemu. Serious. Korang cuba la. Aku suka kisah Nabi Musa dengan Nabi
Khidir. Setiap apa yang Nabi Khidir buat, mesti bersebab dan dengan wahyu
Allah. Aku juga suka tentang pengembaraan Zulkarnain berjumpa dengan bermacam
jenis orang dan bagaimana dia membuat tembok menghalang Yakjuj Makjuj dari
membuat kerosakan dimuka bumi. Cerita best yang lain,berkenaan Ashabul Kahfi
yang tinggal di dalam gua selama 309 tahun dan masing-masing berselisih
pendapat tentang berapa lamanya mereka tinggal di dalam itu. Sehingga duit pun
dah bertukar lain. Allah membuktikan bahawa Dia yang mematikan manusia pasti
mampu membangunkan manusia itu semula. Kunfayakun. Juga pasal kisah dua orang
manusia yang mempunyai kebun yang sudah Allah mewahkan kebun tersebut tetapi
seorang sahaja yang mahu bersyukur yang seorang lagi tidak. Lalu Allah tarik
semula nikmat itu daripadanya. Ingat tu. Penting taw bersyukur. Banyak teladan
dalam kisah al-Kahf ni. Tentang dalam setiap perkara yang belum pasti, kita
hendaklah berkata in shaa Allah, tentang pengharapan bukanah pada harta dan
anak tetapi pada amal kita. Korang baca la.
Al-Kahf ni baik untuk hindarkan kita dari
fitnah Dajjal. Kawan aku cakap elok baca selepas solat maghrib hari Khamis
sampai selepas solat Isya’ hari Jumaat. If im not mistaken. Kalau aku salah,
betulkan ye kawan. Macam la kau baca blog aku kan. Haha.
Bagi siapa yang dah selalu baca Yassin,
Yassin tu tak salah pun kalau nak baca malam Jumaat. Baca keduanya kan bagus
sebab masing-masing merupakan surah dalam Quran yang kita dah sedia maklum
bahawa Quran tu mukjizat. Jadi setiap apa didalamnya juga mukjizat la. Semua
ada kebaikannya. So don’t worry ok. Yang
penting niat. Korang nak baca hari-hari lagi Superb dan amazing. Hehe.
Aku harap blog aku ni bawa manfaat untuk korang.
Aku minta maaf untuk setiap salah tatasusila aku. Semoga kita sama-sama
tergolong daam golongan yang Allah sayangi dan yang Nabi kagumi. Terima kasih
Allah. Eh, dah macam tagline Suhan Movies pulak. Oh, by the way, aku suka
Rosyam Nor. Nampak dah tertib sekarang. Go Dato Rosyam Nor dan Datin Runika
Samsudin. Semoga kita semua dalam redha Allah. In shaa Allah . Amin Ya Rabb.
Ok, with that I thank you.
Assalamualaikum wbt.
Sincere,
Nurbayya
No comments:
Post a Comment