Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Ya Allah
berkatilah umat kami, umat Nabi Muhammad SAW, kau tempatkanlah kami kelak
bersama orang-orang yang beriman. Janganlah kau azab kami dengan azab yang
pedih. Jauhilah kami dari panas neraka-Mu Ya Allah. Amin.
Ann~nyeong~
Seronok pulak penuhkan blog aku dengan
karya baru walaupun aku tahu kebarangkalian untuk orang baca blog aku ialah
0.001. huhu
Biarlah. Yang penting aku baca. Kenapa aku
tulis? Sebab, aku rasa tak secure nak buat diari. Lagi satu, leceh. Nanti aku
lupa kat mana aku simpan. Nanti pen habis dakwat, aku nak kena beli pen baru.
So, aku cari alternatif untuk tulis diblog sahaja. Apa salahnya moden-kan yang
tradisional untuk kebaikan. Lagi satu aku rasa tulis blog ni quite interesting,
nanti bosan boleh tukar wallpaper baru, boleh follow blog orang lain. We can
make a friend. Macam lagu Barney tu. Haha. Korang tengok tak mascot dinosaur
yang warna ungu tu? Comel kan? Barney and Friends. Ok stop. Aku bukan nak
promote cerita tu. Maklumlah perempuan ni bila bukak mulut, tak jumpa noktah.
Tak tahu nak berhenti kat mana. Aww.
Sepanjang aku duduk je kat rumah macam anak
dara walhal aku memang anak dara, awww. Haha. Aku rasa aku banyak mengemas dari
memasak. Ok la bukan dari. Aku memang tak masak langsung. Leceh la aku.
Masalahnya aku tak minat. Aku lagi minat cuci sawang, cuci kipas, sapu sampah,
lipat baju, cuci tandas, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan, angkat kain, cat
rumah dan kerja-kerja pembersihan lain. Mak aku suka memasak. Tambah-tambah
kalau semua anak dia ada kat rumah. Sedap pun sedap. Lagi pun, aku masak mana
sedap. Kopi je aku tahu buat. Dah tu memang minuman favourite aku. Apa ada hal.
Setakat kopi yang pekat dan lazat. Eleh, gigit kuku je lah.
Ada jugak suku dari masa aku tu aku tengok
tv, sekarang ni aku minat cerita Rafflesia dan Islam KTP. Berita pun aku tengok
jugak. Malaysia hari ini pun aku tengok.
Aku minat Ally Iskandar dengan Zaim. Zaim tu macam Gwang-Soo. Heh. Islam KTP tu
banyak tahu pengajaran dan teladannya. Banyak lagi pasal Islam yang aku tak
tahu. Banyak kebaikannya. Mak dan ayah aku cukup minat. Pukul 5. Tv Alhijrah
ok? Hanya di saluran 114. Astro. Njoi. Ececeh. Aku promote sebab cerita tu
bagus.
Ok weyh, hari ni korang nak berbincang
pasal apa? Hmm. Apa yang hot sekarang ni? Pasal alyah dengan ramli m.s? tak nak
lah. Tak baik bercakap pasal orang sedangkan kita sendiri jahil tentang apa
yang sebenarnya terjadi. Kita tak nampak dan kita tiada di situ. So, shuuhh.
Jangan bercakap pasal orang eh? Ok. Apa kata kita bercakap tentang seorang
jejaka handsome. Hehe. Bukan setakat handsome, baik pulak tu. Bak kata orang
baik giler. Ni memang lelaki idaman setiap wanita. Zul arifin? Ehh. Bukan. Nasir
Bilal Khan? Ish, korang ni. Lagi la bukan. Orangnya ialah Nabi Muhammad SAW.
Seorang anak muda yang sudah melalui ujian getir seawal usianya. Anak Siti
Aminah dan Abdullah. Korang sayang Nabi tak? Sayang?
Jangan cakap je taw. Buktikan.
Dikatakan, muka Nabi lagi terang dan indah
dari bulan taw. Dan tiada orang lain yang boleh menandingi Nabi dalam soal
senyum. Senyum seindah suria nan membawa cahya. Senyumlah dari hati, dunia mu
berseri. Ehh. Senyum tu sedekah. Kot tak ada duit nak bagi kat tabung masjid,
haa korang senyum je lah depan tabung masjid tu. Sedekah ler jugak kiranya. Nabi
SAW sangat suka senyum. Apa lagi yang Nabi suka? Nabi suka berwangi-wangian.
Nabi suka pakai cincin. Nabi suka pegang bantal. Ini semua aku dapat dari
Musykil Muslimah. Haa. Hanya disaluran 106. Astro oasis. Heh heh. Nabi pulak
sangat pemurah dan baik hati. Bila ada tetamu, Nabi akan sajikan apa sahaja
yang ada di dapur untuk tetamunya. Nabi suka meraikan tetamu. Jarang nak jumpa
orang yang ikut sunnah Nabi sekarang kan? Nak-nak soal layan tetamu ni. Penat
katanya. Aku pun sama jugak. Ni aku tengah mengata diri aku sendiri la ni.
Astaghfirullah.
No comments:
Post a Comment