Friday, 30 January 2015

Leukemia dan Anaemia




Assalamualaikum wbt..
Bismillah..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Baik. Hari ni aku macam ada mood untuk bercerita perihal Sains. Tapi maaf, perbincangan ini mungkin agak rumit untuk dihadam. Unfortunately, this is what science is. Full of mysterious, complicated and hidden agenda. Aww.
Baik. Aku tahu korang mesti nak tahu pasal leukemia lebih berbanding anaemia, is that true? Kalau macam tu. Korang jangan harap la. Sebab apa? Sebab anaemia dan leukemia saling berkait rapat tak ubah seperti belangkas, juga seperti aur dengan tebing, kumbang dan bunga, lebah dan madu,dan bermacam perumpamaan lain.
Baik. Ish. Asyik baik je. Baik tu doa. Amin je lah.
Alright. Apa itu anaemia? Pertama-tama, aku cuba untuk cuci minda korang yang selama ini sudah terprogram mengatakan anaemia itu adalah penyakit. TIDAK. Anaemia bukan penyakit. Ia adalah symptom atau manifestasi kepada sesuatu penyakit. Sama? Tak sama. Ko paham tak? Tak sama. Haa, membara aku.
Aku bagi contoh mudah, leukemia tu merupakan malignant neoplasm of white blood cell (sel darah putih). Susah la nak bagi definisi dalam melayu. Korang googletranslate la eh. Memang namanya gitu. But then, cemana korang nak tahu yang korang tu ada leukemia? Apa symptom leukemia ni? Yes. Kat sini lah munculnya anaemia. Leukemia ni susah nak jumpa symptom di peringkat awal, tapi as time flies, korang akan dapat anaemia which is kurangnya kiraan haemoglobin dalam badan korang. Low haemogobin level. Haemoglobin tak sama bagi setiap individu. Berbeza bagi lelaki dan perempuan. Berbeza juga kiraannya untuk bayi baru lahir dan yang berusia 6 bulan ke atas, juga berbeza bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Tetapi untuk orang yang berumur tua, tahap haemoglobin akan sama. Confius? Kenapa berbeza? Ia akan berbeza. Kita kira mudah, tahap haemoglobin ni berbeza dek faktor umur, jantina, keadaan fizikal seseorang, dan populasi. Kita kira macam ni eh, lelaki tak sama dengan perempuan dari segi kekuatan kan? Orang muda pun tak sama dengan orang tua dari segi kecergasan. Kita anggap bahawa haemoglobin ini bergantung kepada keadaan individu. Is that ok? Sedar tak? Sedar tak betapa hebatnya Allah?
 Selalunya, penyebab anaemia akan dijumpai bila doctor read trough the history of patient lalu dia suruh medical lab macam aku dulu run out a few test. Apa testnya, ok,
1.       Automated electronic blood cell counters which include,
-          Pengiraan haemoglobin, main cell volume (MCV),main cellular haemoglobin (MCH), rbc distribution width (RDW).
2.       Cellular morphology of stained well made blood film
3.       Reticulocyte count
4.       Bilirubin level
5.       Chemical test of iron status, vit B12, folic acid
6.       Bone marrow examination
Namun, terdapat juga kebarangkalian bila ketika diorang still tak found out the strong evidence cause, diorang akan run out more complex test. Sort of. Rumit sebenarnya. Tak boleh senang-senang nak release keputusan yang mengatakan seseorang itu sakit kalau tak ada bukti kukuh. Sebab benda ni berkait emosi. Tambah-tambah kalau ada kena mengena dengan penyakit berbahaya.Tak pasal kena saman. Isk. Isk. Kesian. Untuk makluman korang jugak, anaemia tu bukannya symptom untuk leukemia sahaja. Ada banyak penyakit atau faktor yang boleh menyebabkan anaemia ni. Sebab tu perlu run out banyak test. Mungkin sebab tu jugak gaji doktor tinggi. Banyak fikir. Kadang fikir punya fikir sampai lupa nak fikir pasal kahwin macam doktor kat tempat aku practical dulu. Ups, tercakap pasal orang pulak. Ok stop. Untuk teladan sahaja ye. Doktor ni penting tahu. Lebih penting dari bomoh. Tapi sepenting-penting doctor, penting jugak juruteknologi makmal dan farmasi serta jururawat. Everyone should cooperate well together in order to build healthy nations. Eewaah. Aww.
Itu sedikit sebanyak yang aku tahu berkenaan anaemia. Kalau ada salah, maafkanlah ye. Ini pun aku dapat dari journal dan lecture note aku di Uitm satu ketika dahulu. Ok tadi leukemia berkenaan malignant neoplasm of white blood cell kan? Baik. Sekarang aku nak terangkan betapa pentingnya sel darah putih ni. Err, well, every cell is crucial for our body. Sebab tu Allah ciptakan semua tu dalam badan kita. Semuanya berguna. Cakap apa? Alhamdulillah. Bagus anak-anak sekalian alam. Haha.
 White blood cell or leucocytes play a crucial role in body’s immune defence system. Sel darah putih sangat penting untuk system pertahanan badan kita. Jadi, sebarang abnormality dalam sel badan terutama sel darah putih akan menyebabkan penyakit yang tertimpa-timpa kerana system pertahanan badanlah yang menghalang kita dari terjangkiti segala jenis penyakit di zaman moden ini.
    Esok aku sambung lagi.





No comments:

Post a Comment