Friday, 30 January 2015

KPOP- menelusuri akal dan fikiran



Assalamualaikum WBT..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada para sahabat dan ahli keluarga Baginda..
An~nyeong ~
Lately ni banyak isu berkenaan KPOP dibangkitkan..i learn a lot on how crucial for us to get alert on public sensitivity such as religions, hierarchy of races and one’s right.
Sangat penting untuk individu itu teliti, perhalusi dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang  tindakan yang berkemungkinan mengundang fitnah, syak atau sebagainya.
*uiiii…perlu ke fikir untuk setiap tindakan?*
Perlu. Sebab itu Allah bagi kita akal. Akal untuk berfikir. Tak kisah la dalam situasi apa pun. Waima dalam keadaan bergurau, kita dianjurkan berfikir sebelum melafazkan sebarang perkataan yang mungkin akan mengguris hati sesetengah pihak. Pelawak contohnya. Menurut Ustaz Kazim Elias, lawak itu jatuh harus selagi seorang pelawak itu tidak menjatuhkan maruah agamanya dan maruahnya sendiri dan mempunyai batas dalam persembahannya. Ini berkenaan pertanyaan Nabil kepada UKE mengenai apakah status pendapatannya sebagai seorang pelawak. Cuma, sekiranya lawak itu mengandungi unsur-unsur negatif seperti penghinaan terhadap sesetengah pihak atau individu ia jatuh perkara syubhah. Tidak berdosa tetapi tidak baik dilihat. Kata UKE lagi, perkara perkara syubhah ini menurut Nabi berdekatan dengan perkara-perkara haram. Lawak tidak salah sekiranya ada unsur kesedaran yang boleh merubah individu lain ke arah kebaikan. Ehem, jadi untuk my favourite joker, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu perlu sedikit research mengenai hal ini ok? Korang pun dah terkenal sebagai pelawak yang banyak menyentuh isu semasa orang Melayu kan? Banyak individu yang korang dah sedarkan. Both of you have done a very good step, just enhance the joke. Biar jadi pelawak bertamadun.
 Berbalik kepada perbincangan awal kita mengenai kepentingan berfikir dalam kehidupan seharian dan implikasi tindakan tersebut kepada diri kita dan individu lain. Apakah hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah berkenaan? Apakah perlu kita menghukum dengan memaki dan menghina mereka? Perlukah kesalahan mereka itu di’viral’ ke seluruh pelusuk dunia sehingga membuka keaiban pesalah berkenaan? Patut atau tidak kita libatkan ahli keluarga mereka dan mendedahkan perasaan dan masalah dalaman keluarga mereka kepada umum? Apakah itu merupakan hukuman yang dianjurkan dalam Islam? TIDAK.
Perlu atau tidak kesempatan ini diambil untuk sesebuah parti politik menjatuhkan parti politik lain?Atau ini peluang baik untuk sesetengah organisasi besar menggulingkan kerajaan sedia ada dan menubuhkan sebuah kerajaan baru dek hipotesis licik yang mengatakan hal ini berlaku kerana ketirisan dalam penggubalan dan sistem berkerajaan.  Inikah masanya untuk masing-masing menuding jari? TIDAK. BUKAN MASANYA.

Jadi? Apa insiatifnya? Bagaimana mencari alternatif terbaik bagi merelaikan permasalahan ini? Pendapat saya, pembangunan modal insan dan pembinaan semula rohani yang suci bersih perlu dimulakan dari individu. Apabila sudah cukup penguasaan, sebarkan daripada individu kepada organisasi untuk ahli. Terapkan nilai murni dalam organisasi besar, hapuskan kepincangan dan perbaiki ketirisan , in shaa Allah Islam akan tertegak dengan sendirinya. Bagi yang membangkang, bangkang dengan hikmah dan hemah. Sangat penting untuk sesebuah negara mempunyai pembangkang kerana ia merupakan cerminan untuk kerajaan. Sekiranya ada buruk, terihatlah ia. Sekiranya betul, berbahagialah bersama.
*macam tipu je. Macam tipu je*
Ya Allah, betul. Contoh ye, seorang perempuan yang bersiap untuk ke kerja melihat cermin buat terakhir kalinya untuk melihat ada tidak yang tidak kena dengan tudungnya sebelum berdepan ramai. Tiba-tiba, tersingkap sedikit rambutnya, lalu dia betulkan. Ini perkara wajar bukan? Ada tidak seorang wanita yang sudah nampak rambutnya tersingkap lalu dia biarkan. Tidak. Jika ada, maka dia tidak normal. Sama juga seperti kerajaan, sekiranya ada yang perlu dibetulkan, sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan yang mahu mendengar, meneliti dan menyiasat lalu menerima nasihat dari pihak lain.
Untuk individu, ingatan ini juga aku titipkan untuk diri aku sendiri. Seminat apa pun kita kepada sesuatu, sesayang apa pun kita untuk individu, jangan sampai melebihi kasih dan sayang kita kepada Tuhan dan Nabi terbaik kita, Nabi Muhammad SAW. Se-obsesi apa pun kita, jangan sampai tindakan kita menjurus kepada jatuhnya maruah kita dan paling pedih sekali sehingga jatuhnya maruah agama kita yang dengan begitu susah payahnya bagi Baginda untuk menegakkannya suatu masa dahulu.
Sayang tidak salah, tetapi berpadalah.
Suka tidak ditegah, tetapi berlandaslah Quran dan sunnah.
Hati tidak kekal sifatnya, iman boleh turun naik kadarnya,
Pokok penting usaha dan istiqamah.
In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment