Thursday, 15 January 2015

Beban bagai busung



Beban bagai busung

Pernah tidak engkau rasa
Beban datang belum masa
Persetankan perit mu, lelah penat mu
Biar mati kau tempuh

Beban jadi panah
Bawa kudis dan nanah hati
Kau fikir mahu pergi, mahu lari
Tapi kau sedar masalah itu bayangmu
Mengekori langkahmu, membuntuti belakangmu

Kau fikir kau mampu
Berkorban semua bahkan nyawa
Demi kelangsungannya
Untuk kebahagiaannya
Tapi kau lupa
Bukan kau atur dunia

Kau jadi keji
Kau fikir Tuhan mu benci
Kau cuba berdiri sendiri
Tanpa kau mahu solat doa lagi



Sejadah itu bertudung habuk
Telekung itu bertukar buruk
Kau biar Kitab itu diteman sawang
Kerana kau dendam

Semakin jauh kau kini
Tetap juga tiada tenangmu
Tak girang hatimu
Kosong jiwamu
Ahh, kau biar setan jadi teman
Kau rasa nyaman

Tua mu makin hampir
Umur mu makin di kikir
Kau tahu. Kau sedar
Bukan itu jalan benar
Lalu untuk apa kau terus leka?
Pulanglah sebelum ajal mu tiba

Kau cuci apa yang kau tinggal dulu dengan air matamu sendiri
Telekung itu tak usang lagi
Sejadah itu baru kembali
Kitab itu sudah didengar riuh talaqqi
Kau tahu Tuhanmu tak pergi saat kau lari tinggal agama
Kau tahu Tuhanmu memaafi selagi kau mahu kenal diri
Kau belajar beban bukan lagi busung
Beban jadi magnet antara kau dan Tuhan.







No comments:

Post a Comment